Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mengakui pernah melalui fasa terendah dalam hidupnya apabila kehilangan bapa tercinta dua tahun lalu.

Selepas kejadian itu, Cakra atau nama sebenar, Cakra Konta Paryaman, 30, berkata dia kini lebih menghargai masa bersama keluarga berbanding kerjaya seni.

“Sebetulnya saat covid banyak perkara sedih berlaku, saya kehilangan bapa dan kawan baik pada ketika itu.

“Satu perkara yang belajar daripada hal ini, sekarang saya lebih banyak spend masa dengan keluarga.

“Sekarang kalau mama call, saya terus angkat telefon walau sesibuk mana pun saya.

Ads

“Kalau dulu family call, saya biarkan sahaja dahulu sebab tengah sibuk dengan kerja.

“Sekarang memang keluarga jadi keutamaan saya,” katanya kepada MH.

Cakra ditemui pada majlis sidang media konsert A Decade: Cakra Khan Live In KL yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

Ads

Kehilangan Bapa Fasa Paling Sedih Cakra Khan, Ingat Pesanan Akhir Arwah; “Dia Kata Terus Bahagiakan Orang.”

Mengambil pesanan arwah bapanya yang meninggal dunia pada 21 Ogos 2020 akibat penyakit strok, Cakra berkata dia akan mengadakan segmen tribute untuk bapanya nanti.

“Banyak benda yang saya menyesal sebab ayah yang banyak memberi sumbangan dalam setiap karya saya. Dia yang mendorong saya untuk menjadi seorang penyanyi. Jadi, di konsert nanti akan ada tribute untuk ayah.

Ads

“Pesanan terakhir arwah bapa iaitu teruskan menyanyi dan bahagiakan orang (menerusi nyanyian) yang saya pegang sampai sekarang,” ujarnya lagi.

Konsert A Decade: Cakra Khan Live In KL bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 20 Januari depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI