“Damai yang saya rasakan. Tiada rasa stres, panas atau kepala rasa gatal-gatal. Saya rasa okay dan itu pentunjuk yang baik.”

Demikian kata Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang mengesahkan dia kini sudah bertudung sejurus pulang daripada mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Menyifatkan ini masa terbaik untuknya terus istiqamah berhijab, DJ Lin atau nama sebenar, Roslinda Abdul Majid, 47, turut mengimbas pelbagai ujian hidup yang pernah dilalui sebelum ini.

“Sejak menunaikan umrah, saya tanamkan dalam diri bila sampai sahaja tanah air, saya pasang niat untuk terus kekal berhijab. Ini juga adalah perkara yang baik dan dituntut.

“Malah mungkin bila mengenang kembali apa yang pernah saya lalui sebelum ini sejak iaitu bila kehilangan arwah ibu. Kemudiannya abang pula dijemput Illahi ketika saya berada di Madinah.

“Perkara yang berlaku sangat menyentap hati, buatkan saya terduduk. Sekaligus membuatkan saya sedar bahawa jika kita mempunyai segalanya di dunia sekalipun, kita kena kembali kepada fitrah.

Ads

“Banyak rezeki yang Allah sudah kurniakan dalam kehidupan saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM di Eastin Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan pelbagai program menarik sepanjang Syawal, termasuk drama pendek Raya 2023 Suria FM yang mana lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ nyanyian asal seniwati Uji Rashid diangkat menjadi runut bunyi bagi drama berkenaan.

“Kehilangan Mak, Abang Menyentap Hati, Buat Saya Terduduk,” – DJ Lin Kini Berhijab Penuh, Insafi Diri Di Tanah Suci “Kehilangan Mak, Abang Menyentap Hati, Buat Saya Terduduk,” – DJ Lin Kini Berhijab Penuh, Insafi Diri Di Tanah Suci “Kehilangan Mak, Abang Menyentap Hati, Buat Saya Terduduk,” – DJ Lin Kini Berhijab Penuh, Insafi Diri Di Tanah Suci

Ads

Dalam pada itu, Ibu kepada dua cahaya mata ini juga akui mahu lebih menghargai keluarga selepas kehilangan ibu tahun lalu dan abang kandung pada 27 Mac lalu.

“Selama 23 tahun ke udara, memang saya abdikan diri dalam dunia radio. Hingga arwah mak selalu cakap “engkau ni kerja nombor satu, keluarga nombor  dua.” Saya memang tiada tolenrasi bab cuti dan sebagainya.

Ads

“Selalu baki cuti tahunan berbelas hari. Orang lain mungkin sibuk di kampung isi masa bersama keluarga, saya pula sibuk bekerja di konti. Sayang sangat-sangat segmen Suria Cinta, Suria FM.

“Tapi bila mak sudah tiada dan abang pula menyusul sembilan bulan selepas itu, apa yang diperkatakan arwah mak terngiang kembali. Jadi bila di Tanah Suci, saya banyak refleksi diri,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI