Pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn Watie berkongsi mengenai penampilannya yang kini sudah sopan ayu berhijab.
Menurut Ozlynn, niat murni itu sudah terdetik dalam hati sebelum dia terima tawaran menunaikan haji lagi.
Bagaimanapun Ozlynn tidak menafikan pendiriannya itu belum cukup kuat kerana bimbang dengan sikap segelintir netizen yang gemar menjatuhkan hukum.
“Jujurnya, niat berhijab sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu, tapi saya bimbang orang akan cakap ‘esok-esok buka tudung’.
“Suami selalu nasihat saya tak perlu fikir soal orang lain dan kena fikir diri sendiri.
“Seminggu sebelum dapat tawaran mengerjakan haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itulah, saya rasa sudah bersedia.
“Keinginan menutup aurat semakin kuat apabila saya diberi rezeki menjadi tetamu Allah.
“Bagi saya, ibadah haji adalah Rukun Islam Kelima dan bererti itu adalah ‘final call’ daripada Allah,” jelas ibu kepada enam cahaya mata itu, petik Berita Harian.
Meskipun sudah berhijab, Ozlynn menambah, penampilannya itu bukan halangan untuk dia terus memegang watak antagonis yang cukup sinonim dengan dirinya.
“Saya ada bersembang dengan seorang produser, baru-baru ini. Saya katakan masih boleh pegang watak jahat walaupun sudah berhijab.
“Cuma, babak berpelukan tidaklah. Tapi, rasanya tak mungkin saya hendak melakonkan watak berpeluk dalam mana-mana drama,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pasangan selebriti itu merupakan antara 13 penggiat induustri seni dan pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima musim haji tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI