Sanggup bersama-sama menghadapi fasa susah menjadi asbab penyatuan dua jiwa diantara penyanyi dan pelakon Cat Farish bersama cinta hatinya, Shikin Maembong.
Ketika ditemui media usai majlis akad nikah, Cat mendedahkan bibit percintaan mereka bermula dengan sangat unik dan dia juga tidak mengangka perbuatannya itu bakal membawa mereka ke jinjang pelamin.
“Dia jatuh hati selepas melihat saya membersihkan dan mengelap buah pisang. Shikin merupakan seorang peniaga goreng pisang dan stok pisang akan datang dalam guni.
“Bila dalam guni, pisang itu akan berwap dan basah. Kemudian, saya lap dan Shikin pula jadi terharu. Bermula dari insiden itu, sekarang kami dah berkahwin,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shikin yang juga merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong menyifatkan Cat sebagai seorang lelaki yang sangat istimewa dan menghargai usahanya sebagai peniaga.
“Saya sebak kerana segalanya dipermudahkan. Selama ini, saya meniaga dan selalu berhadapan dengan fasa susah payah itu seorang diri. Nak berjumpa dengan orang yang menerima kita seadanya itu agak susah.
Ads
“Biasanya, bila kita berkawan dan mereka lihat kita susah payah berniaga, mereka akan biarkan sahaja kita susah sorang-sorang. Tapi Cat ni lain. Dia nak bersusah payah bersama dengan saya.
“Jadi, bila saya nampak dia hargai pisang itu, ia menunjukkan dia tahu nilai dan harga sebuah susah payah itu. Kalau staf lain, mungkin mereka longgokkan sahaja,” ujar Shikin.
Pada masa sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli akui dirinya tidak pernah berasa gementar seperti mana yang dirasainya malam tadi.
Ads
“Alhamdulillah, kawan-kawan yang saya jemput semua ada. Saya juga terharu dengan kejutan daripada Ruffedge. Cuaca juga mengizinkan.
“Saya tak pernah rasa nervous seperti ini sebelum ini. Bila saya nampak Shikin dan anak-anak, saya juga ikut mengalir air mata. Saya cuba tahan tapi tak berdaya,” kongsinya lagi.
Memilih Mekah sebagai destinasi berbulan madu, Shikin mahu memanjatkan rasa syukur kerana segala doanya sewaktu menunaikan umrah sebelum ini telah dimakbulkan.
“Antara doa saya di hadapan Kaabah adalah untuk dipertemukan dengan jodoh yang menyayangi saya dan anak-anak.
Ads
“Saya juga mahu lelaki yang boleh membimbing dan saya ada meminta supaya dipertemukan dengan lelaki yang berpengaruh besar. Tak sangka orang itu adalah Cat.
“Anak-anak saya sukar untuk menerima kehadiran lelaki sebagai bapa. Mereka halang saya untuk punyai teman lelaki. Namun, bila Cat hadir dalam hidup kami, anak-anak pula jadi terlebih suka. Jadi, saya tahu he’s the one,” akhirinya.
Terdahulu, Cat telah selamat bergelar suami kepada Shikin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Sabtu di Bukit Jelutong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: CST Production
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada 17 Jun lalu.
Memetik Harian Metro, Che Muhammad Hafiz, 30, ketika dihubungi berkata, perceraian itu dibuat secara baik dan menganggap itu adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka sejak tahun lalu.
“Sebelum ini orang sering bertanya status perkahwinan saya. Jadi, saya berharap perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan. Antara kami sudah tidak ada apa-apa.
“Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak.
“Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami.
Jadi, saya juga ada hak bersama,” katanya seperti yang dipetik.
Tambahnya lagi, dia percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan percaya soal jodoh itu ketentuan Allah SWT.
“Saya percaya pada jodoh. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah. Buat masa sekarang saya fokus pada kerjaya. Lagi pula saya pun baru habis mengambil peperiksaan perubatan estetik,” jelas Hafiz.
Terdahulu Lufya memfailkan sebutan permohonan cerai di mahkamah sama pada 16 Oktober lalu.
Bagaimanapun, pada prosiding itu Che Muhammad Hafiz tidak hadir dan mahkamah menetapkan 18 November lalu bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Roslan Shah berkongsi berita sedih apabila pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amirul Izwan Hamzah disahkan meninggal dunia semalam.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas.
Perkara itu dikongsikan Roslan di Instagram miliknya dalam satu potongan video.
Dalam keadaan sebak, bintang itu berkongsi berita mengejutkan buat para pengikutnya.
“P.A cik Lan Baru meninggal Dunia jam 8 mlm tadi …Mirul …Cik Lan otw balik ke JB Dari Terengganu …. @myrull1305._ … sedekahkan Al fatihah ya.
“Last berbual Malam tadi kerana cik Lan pergi Terengganu dengan kawan baiknya Appy nak ambil Keropok Tamban Di Terengganu orang order.
“Cik Lan suruh Mirul uruskan utk Di Singapore Expo Minggu Ini nanti Dantunggu cik Lan balik Dari Terengganu esok Malam Dan jumpa Di JB….tetapi tadi dapat Berita Mirul dah pergi tinggal Cik Lan,” tulis Roslan di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pengacara berkenaan turut memuji sikap arwah seorang yang dedikasi dalam bekerja.
“Mirul orang Yang baik Jujur, Amanah Dan Ikhlas menolong cik Lan selama dia bekerja dengan cik Lan….Cik Lan dapat banyak project Di Bulan puasa Dan Mirul Akan uruskan jadual cik Lan .
“Ya Allah sebak Dan menangis cik Lan …tunggu Mirul cik Lan nanti sampai Di JB ya,” akhirinya.
“Syukur Alhamdulillah Tahniah @usopofficial & isteri..bakal jadi mama & papa..moga anak yg bakal lahir jadi anak yg soleh. AMINNN..,” tulis rakan selebriti, Serina Redzuawan.
“Jaga isteri tu elok² tau.. Peringkat awall lagi tu, semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah.. Congrats usop n wife !,” titip seorang peminat.
Imbas kembali, Usop telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Usop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!