
Bekas peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Saeeron ada memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram.
Bagaimanapun, gambar tersebut memperlihatkan Zila kini seperti sudah tidak berhijab lagi.
Entri tersebut tenyata menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya di Instagram
“No caption,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap penampilan terkini penyanyi tersebut.
Untuk pengetahuan, Zila merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia 4 dan telah berkahwin dengan pelawak Along (Cham) sebelum bercerai pada 2016.
Apapun, janganlah kita terlalu cepat menghukum dan seeloknya kita doalah yang baik-baik sahaja buat Zila Saeeron.
Sumber: Instagram Zila Saeeron
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Buat Yang Terbaik Dan…,” – Tahniah! Datuk Eizlan Yusof Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS

Pelakon, Datuk Eizlan Yusof memaklumkan dirinya telah menerima perlantikan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Menerusi entri terkini di Instagram, Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur atas perlantikan berkenaan atas kepercayaan yang diberi.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih YAB PM @muhyiddinyassin_official YBM @saifuddinabd @kkmm_gov atas kepercayaan yg diberikan.
“Terima kasih atas doa dan sokongan yg diberikan oleh semua, insyaAllah,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini berjanji akan cuba memberikan yang terbaik bagi mengalas tanggungjawab berkenaan.
“Saya akan buat yg terbaik dan termampu utk melaksanakan tanggungjawab ini demi utk kemajuan industri kreatif tanahair dan seluruh warga seni kreatif @finasmalaysia,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti memberikan ucapan tahniah kepada buat bintang senior itu.
oto: Instagram Eizlan Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tulis Nota Terakhir… Pelakon Bollywood Dipercayai Bunuh Diri, Tekanan Akibat Covid-19?

Industri hiburan India dikejutkan dengan berita tragis apabila pelakon wanita, Preksha Mehta dipercayai membunuh diri pada malam Isnin dengan meninggalkan nota terakhir.
Difahamkan, aktres muda berusia 25 tahun itu menyatakan dia tidak boleh hidup dengan impian yang musnah.
Ia didakwa berkaitan dengan tekanan hidup akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Mendiang ditemui tergantung pada siling kipas rumahnya.
“Impian yang hancur telah merosakkan keyakinan diri saya. Saya tidak dapat hidup dengan impian yang sudah mati.
“Sukar untuk hidup dalam keadaan negatif. Saya telah cuba sejak setahun lalu, saya sudah penat,” ini kata-kata yang ditulisnya.
Malah dia turut memuat naik kata-kata di Insta Story menyatakan ‘perkara paling buruk adalah apabila impian anda telah mati.”
Mendiang sebelum ini pernah muncul dalam filem Padman bersama Akshay Kumar.
Sumber : indianexpress.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib, Pengarah Bubblebee Didakwa Tak Bayar Cukai Perkhidmatan Termasuk Penalti RM1.6 Juta

Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa pada Khamis di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Petik Sinar Harian, syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shahmira Muhamad (Shuib), 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikenalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di sepanjang kes ini disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan semua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI