“Kejap Jer Awak Dah Nak Masuk 6 Bulan,”- Izreen Azminda Teruja, Rakam Ultra Sound Bayi Dalam Perut

Share

Pelakon Izreen Azminda ada berkongsi video di akaun Instagramnya lewat petang tadi.

Momen gembira itu memaparkan bayi dalam kandungan sedang bergerak aktif yang dirakam Izreen menerusi ultrasound.

“Kejap jer awak dah nak masok 6 bulan.. Akhirnya #babyA nak jugak tunjuk muka,” tulis Izreen.

 

Bagaimanapun, Izreen menutup ruangan komen posting tersebut dan setiap posting yang dikongsikan di Instagram.

Untuk rekod,  Izreen dan suaminya, Ude Wahid bernikah pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya dengan berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Video : Instagram Izreen Azminda

Published by
Amynur Akmal