Teruja dengan persembahan dari pemuzik jalanan (buskers) di sekitar pusat membeli-belah E-Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini, penyanyi Sham Visa melihat ada kehebatan tiga anak muda yang terbabit.
Merakam video bersama Naqiu yang dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), mereka mula mendekati buskers tersebut lalu saling bersalaman.
Sekali gus, buskers tersebut terkejut dan teruja, lalu menyanyikan lagu popular kumpulan Visa berjudul Untukmu Selamanya.
“Abang Sham, kejap saya nak nyanyi lagu abang.
“Saya tak kira. Feeling jumpa Sham Visa,” kata salah seorang angoota kumpulan itu teruja.
Ads
Tidak membuang masa, anak muda tersebut memulakan petikan gitar dan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Lantas, keunikan suara buskers itu membuatkan Sham terpukau dan turut duet bersama.
Memuji kehebatan tiga anak muda berkenaan, pemenang tempat keenam GV6 itu melihat bahawa mereka mempunyai bakat yang luar biasa.
Ads
“Wow! Power, respect. Saya harap satu hari nanti, ada pihak yang mendengar dan melihat bakat mereka (buskers) yang sangat luar biasa,” puji Sham selepas selesai menonton persembahan buskers tersebut.
Sementara itu, Naqiu berharap agar pihak industri muzik mengetengahkan bakat mereka.
“Kita sebenarnya kena tahu yang di luar sana banyak bakat yang bagus yang masih belum diketengahkan.
Ads
“Sebenarnya industri kita ketandusan dengan bakat-bakat sebegini. Biasa kita dengar benda yang sama sahaja.
“Tapi seperti yang kita dengar tadi (buskers), mereka ada aura yang kita tak nampak.
“Jadi, kami harap mereka akan ‘naik’ dan buat muzik yang berbeza. Come on industri muzik!,” kata Naqiu.
Video : Youtube MindOrder Management
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial sepotong babak daripada sebuah sinetron dari Indonesia yang memaparkan seorang lelaki yang kecewa apabila kehilangan kedua-dua belah tangannya.
Namun apa yang menarik perhatian, di saat dia seolah-olah mahu menamatkan riwayat dan cuba diselamatkan oleh seseorang, kelihatan dua tangan muncul di bawah kemeja yang dipakai.
Datuk Aznil Haji Nawawi turut sama memberi reaksi dan meminta netizen untuk memberikan penjelasan agar dia dapat bersangka baik atas babak yang dipertontonkan.
“Tolong bagi caption bersangka baik bagi video ini,” jelasnya.
Memegang watak sebagai Mia Sara di dalam drama terbaru Cina Buta, pelakon, Nad Zainal mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakokan drama-drama yang mengangkat kisah tentang penceraian rumah tangga.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia langsung tidak terkesan kerana menyifatkan suasana di set penggambaran sangat positif.
“Sejak drama Hati Yang Tersakiti, kemudian ada back to back drama lain, semuanya berkisarkan tentang saya diceraikan. Malah, dalam dunia realiti pun begitu juga.
“Namun, saya sejenis yang tidak suka bercerita mengenai kisah peribadi tapi mungkin sedikit sebanyak apa yang berlaku di dalam drama itu seperti satu persiapan untuk saya.
“Jadi, saya tidak rasa terkesan. Saya okay sahaja di set penggambaran. Set ini juga sangat-sangat positif walaupun ketika itu saya sedang melalui satu fasa yang sukar. Saya tak rasa terbeban kerana mereka sangat supportive,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu turut memberitahu, ada juga beberapa babak didalam drama ini yang diambil daripada kehidupan sebenarnya.
“Saya tak boleh bagitahu yang mana satu kerana terlalu personal. Cukuplah saya tengok dan ketawa sendiri. Saya pun tak sangka Abang Shahrulezad akan gunakan idea tersebut.
“Saya cuma ingin membantu pengarah kerana dia tak pernah berkahwin. Jadi, dia pun tanya tentang isu-isu remeh yang selalu buat pasangan rumah tangga bergaduh,” kongsinya lagi
Nad berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Cina Buta yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Bercakap mengenai imej terkininya yang tampil anggun berhijab, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana masih punya komitmen kerja yang memerlukan dia untuk tidak berhijab.
“Tentang imej saya ketika ini, saya tak boleh nak mengulas panjang. Rasanya cukuplah kalian mendoakan yang terbaik buat saya. Saya masih lagi dalam proses belajar.
“Lagipun, saya punyai dua komitmen kerja yang memerlukan saya untuk tidak bertudung. Apapun, saya gembira dengan apa yang saya pakai sekarang dan berharap dapat teruskan lagi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia akan lebih selektif dalam soal pemilihan watak selepas ini, Nad memberitahu dia percaya dengan perancangan Allah SWT.
“Selepas ini, mungkin ada sesetengah produser atau pengarah yang akan berasa sedikit susah untuk memberikan watak andai seseorang pelakon itu dah bertudung.
“Cuma, saya rasa ia tidak akan jadi masalah. Saya tengok pelakon-pelakon lain pun masih diberikan kepercayaan seperti Noor Khiriah. Siap dapat watak antagonis lagi.
“Saya pun masih belajar. Saya pun tak la cepat nak mengatakan tidak. Saya juga tak mahu beri kesukaran kepada pihak produksi. Kita berubah perlahan-lahan,” akhirinya.
Terdahulu, selain Nad, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru dua episod ditayangkan, peminat drama, Budak Tebing yang kini sudah memasuki musim ke-3 dikejutkan dengan kematian watak utama, Tongki yang dimain oleh pelakon, Aedy Ashraf.
Rata-rata peminat sememangnya tidak menyangka dengan keputusan pengarah, Nizam Zakaria kerana mematikan watak Tongki yang selama ini menjadi tunjang utama drama tersebut.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Aedy atau nama sebenarnya, Mohamad Addy Ashraf Rosmadi telah pun merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menyokongnya di dalam drama Budak Tebing selama ini.
“Sememangnya perjalanan yang sangat indah. Tiga musim yang hebat. Tiga tahun yang sangat menyenangkan.
“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan teori tersendiri dengan meramalkan Tongki masih hidup dan bakal membuat kemunculan semula.
“Tongki masih hidup. Saya tak rasa Tongki dah mati. Kubur yang mereka lawat tu bukan kubur Tongki. Mesti ada plot twist sebab poster dan opening Tongki watak utama.
“Kenapa Tongki mesti mati. Saya tengok cerita tu sebab kau dik.
“Ni mesti plot twist macam Fast 9. Kalau Han boleh mati hidup balik, mesti Tongki boleh buat benda sama. Cuma kita tunggu apa yang jadi nanti.
“Betul ke Tongki mati sebab nama Aedy. Dia ada permulaan cerita. Nama pelakon utama.
“Alaa Tongki tak boleh mati dulu. Yang mati tu bukan Tongki kan. Hero mana boleh mati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Budak Tebing 3 membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adam Lee, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran dan Nelissa Nizam.
Malah, drama ini turut menampilkan beberapa muka baru seperti Nabil Aqil, Izz Ilham dan Azhar Sulaiman.
Budak Tebing 3 bersiaran secara rasmi di slot Lestari, TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aedy Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!