Hiburan

Kejar Reda & Berkat, Ini 4 Perkara Penting Yang Anda Perlu Buat Bila Baru Dapat Kerja

Share

Bila baru memasuki alam pekerjaan, banyak sebenarnya perkara yang harus diambil kira terutama sekali hal melibatkan pengurusan kewangan.

Ada di antara kita yang teruja menunggu hari gaji hanya untuk berbelanja secara berlebihan sehingga wang habis begitu sahaja dan kitaran tersebut berulang setiap bulan.

Jadi, kami kongsikan cara terbaik menguruskan kewangan dan mencari keberkatan Allah SWT;

1.  Asingkan 5% Hingga 10% Untuk Simpanan

Bila dapat sahaja gaji, jadikanlah kebiasaan untuk mengasingkan 5% hingga 10% gaji sebagai simpanan bulanan.

Simpanan tersebut boleh digunakan ketika kecemasan atau kegunaan masa hadapan.

2. Beri Kepada Ibu Bapa

Dalam pada itu, kita juga boleh memberikan sebahagian daripada gaji bulanan kepada kedua ibu bapa sebagai tanda penghargaan.

Walaupun, jasa mereka membesarkan kita tidak terbalas, namun setikdaknya kita dapat meringankan beban mereka selama ini.

3. Zakat Untuk Pendapatan Yang Berkat

Seterusnya, demi meraih keberkatankan Allah SWT, jangan pula kita lupakan tanggungjawab untuk menunaikan zakat pendapatan.  

Tuntutan membayar zakat mempunyai banyak kebaikan, antaranya menyemai rasa ihsan dan suka membantu dalam diri kita. Sebagai orang yang berkemampuan, membayar zakat adalah salah satu cara kita membantu golongan miskin dan fakir.

Bukan sahaja dapat menyucikan diri dan harta daripada unsur-unsur haram, zakat juga mewujudkan sifat syukur terhadap segala nikmat dikurniakan Allah SWT.

Bagi memudahkan urusan, potongan zakat bulanan boleh dibuat melalui laman web ptg.zakat.com.my. Malah, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik kerana PPZ-MAIWP kini sedang mengadakan Kempen Jom Potong daripada 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024.

Dalam pada itu, anda juga layak untuk mendapatkan rebat cukai menerusi pembayaran zakat. Jika terlepas untuk membayar zakat bagi tahun-tahun sebelum ini, pihak PPZ boleh menghulurkan bantuan.

Untuk informasi lanjut, layari laman web www.zakat.com.my/jompotong2024/

4. Bersedekah Amalan Mulia

Setelah menunaikan yang wajib, kita juga boleh meningkatkan amal dengan bersedekah. Utamakan dahulu keluarga dan kenalan terdekat.  

Tidak kiralah sama ada besar atau kecil jumlahnya, yang penting kita niat kita ikhlas. Selain menghapuskan dosa, sedekah juga menjauhkan diri kita daripada sifat bakhil dan kedekut.

Untuk mendapatkan pahala yang kekal dan terus mengalir, kita juga boleh berwakaf di wakafppz.com.my. Tidak semestinya untuk diri sendiri sahaja, malah kita juga boleh berwakaf untuk keluarga tercinta sama ada yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf