Stesen radio yang dahulunya dikenali sebagai Kool FM kini telah dijenamakan semula sebagai Buletin FM.
Malah, segala persoalan mengenai siapakah yang akan menggalas tanggungjawab selaku penyampai di stesen radio tersebut akhirnya telah terjawab.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pihak Bulentin FM mengumumkan beberapa kemunculan muka baharu bakal mewarnai industri penyiaran radio tempatan antaranya pembaca berita, Hawa Rizwana dan pengacara, Ally Iskandar.
Hawa dan Ally difahamkan akan mengendalikan segmen pagi dari jam 6 hingga 10 pagi menerusi program Fokus Pagi.
View this post on Instagram
Manakala, pada sebelah malam pula, pengacara, Fedtri Yahya bakal mengemudi segmen Ilham Sanubari yang akan ke udara bermula jam 9 hingga 12 malam.
View this post on Instagram
Sementara itu, beberapa gandingan muka lama yang sebelum ini berkhidmat selaku penyampai di stesen radio Kool FM masih lagi dikekalkan antaranya, Haiza Hanafi, Izwan Azir Saleh dan Muaz Mohamed.
Memperkenalkan tagline ‘Buletin FM, Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman’, stesen ini telah pun beroperasi secara rasmi bermula hari ini.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyambut baik usaha penjenamaan semula itu selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan kelainan yang akan ditampilkan oleh stesen radio tersebut.
“Tahniah dan selamat maju jaya buat Buletin FM.
“Bertambah informatif la Kool FM. Terbaik.
“Congrats we need this kind of radio to give more value to Malaysian,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, stesen Buletin FM kini boleh mula didengari di frekuensi 101.3 (Lembah Klang), 107.3 (Alor Setar), 88.6 (Kota Baru), 93.6 (Kuala Terengganu), 90.2 ( Pulau Pinang) dan 104.3 (Kuching).
Sumber: Instagram Buletin FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI