Kejutan demi kejutan, pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) menyaksikan buat pertama kalinya, Naqiu dan Hady Mirza diumum sebagai ‘juara bersama’ program realiti itu yang bersiaran secara langung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Mempersembahkan dua tugasan menerusi segmen solo dan ‘battle’, kedua mereka menewaskan empat penyanyi lain sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Selain itu, pemenang tempat pertama turut menerima pakej percutian ke Eropah Timur dan Timir Tengah, pakej ubahsuai ruang tamu & ruang makan, percutian 2 hari 1 malam di Hotel Tanera Bangi serta trofi.
Terdahulu, persembahabn Naqiu dan Hady menerusi segmen solo masing-masing mendapat respon positif juri.
Keduanya turut bersaing mendendangkan lagu Haa Tepok melalui segmen ‘battle’ bersama.
Menduduki tempat ketiga, Jatt menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan hadiah lain, sementara tempat keempat diraih Nurfatimah dan bintang ini membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian ke Chiang Mai beserta trofi.
Berada di kedudukan kelima dan keenam, One Nation Emcees (ONE) dan Sham Visa masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan Billy Zulkarnain RM10,000.
Pentas akhir GV6 yang berlangsung selama 11 minggu diadili juri tetapnya, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.
Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan turut diserikan dengan persembahan alumni peserta GV6 sebelum ini.
GV6 bersiaran secara langsung dari Astro Ria dan RIA HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI