Penyanyi Arrora Salwa diumumkan sebagai bintang yang tersingkir pada minggu kelapan saingan program realiti, Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi selepas berada di kedudukan paling corot iaitu hanya 55.20%.
Arrora yang menyampaikan lagu Siti Nordiana, Cinta Hanya Sandaran gagal memikat hati para juri meski sudah cuba melakukan yang terbaik.
Sementara itu, kumpulan The Lima buat pertama kali berjaya menjuarai persembahan di minggu ini menerusi lagu Aku Bukan Untukmu nyanyi Rossa apabila mencapai markah sebanyak 74.40%.
Berada di ranking kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Liza Aziz dengan 74.00% dan Ning Baizura 73.60%.
Ini dia barisan markah yang diperolehi semua bintang yang masih kekal di dalam saingan;
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan bintang senior Indonesia, Hetty Koes Endang bertindak ssbagai juri profesional.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini