“Kekal Keperibadian, Rendah…,” – Izara Aishah Awal-Awal Pesan Buat Dewi Remaja 2018/19 Yang…

Share

Pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2010/11, Izara Aishah mengharapkan selamat maju jaya buat lima finalis yang berjaya ke peringkat akhir Dewi Remaja 2018/19.

Pemenang pencarian bakat di kalangan gadis remaja yang begitu sinonim dengan industri seni itu bakal diketahui malam ini.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya, buat yang terbaik buat semia finalis. Apa pun, kalian sudah pun menjadi pemenang.

“Pada masa sama, sekarang bukan lagi soal untuk menjadi pemenang, sebaliknya kalian perlu fokus terhadap apa sahaja yang dilakukan khasnya selepas pertandingan berakhir,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, finalis Pelakon Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2018 ini turut memberitahu, ketika ini kelima-lima mereka yang sudah berjaya mara ke peringkat akhir sudah pun bergelar bintang.

“Apabila terpilih sebagai finalis Dewi Remaja, sudah ramai yang kian mengenali dan proses bergelar bintang itu sudah bermula. Bagaimanapun saya harap selepas pertandingan, kalian kekalkan keperibadian yang baik, merendah diri.

“Tak mudah lupa diri dan kenang kembali kegigihan kalian saat menyertai pertandingan ini,” kongsinya.

Ditanya mengenai siapakah pilihannya malam ini, Izara tidak mahu membuat pilihan.

“Bagi saya sesiapa sahaja di antara kelimanya sudah pun layak. Kena tunggu persembahan mereka malam nanti,” akhiri Izara.

Program Pencarian Dewi Remaja 2018/19 Final bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD, pada jam 10.30 malam.

Lima peserta yang layak ke peringkat akhur seterusnya merebuy gelaran sebagai Dewi Remaja Terbaru ialah Hannesya Hanee, Tia Sarah, Tunku Rania, Anna Jobling dan Sherina Miri.

Dewi Remaja terdahulu disandang adik kepada Uqasha dan Nelydia, Raysha Rizrose

Published by
Rafiq Mazlan