Kisah cinta baru yang terjalin di antara penyanyi, Elly Mazlein dan teman barunya bukan lagi rahsia.
Meski masih menutup wajah si dia dengan emoji tiap kali memuat naik gambar bersama di media sosial, penyanyi Usha Ditambah Bara Yang Tersimpan itu tetap tak lokek untuk memberi dedikasi atau luahan hatinya yang kini berbunga-bunga.
Mengakui akan berkongsi gerangan lelaki itu kepada peminat tidak lama lagi, Elly Mazlein juga tidak menafikan kekasih hatinya juga mungkin tahu serba sedikit mengenai kehidupan silamnya.
“Dia bukan sejenis yang terlalu nak ambil tahu, seorang yang suka menjahanamkan atau mengeruhkan keadaan. Dia tidak pernah campur mengenai kehidupan saya yang lalu.
“Cumanya apabila saya pernah turun naik mahkamah dengan pelbagai dokumen yang perlu dibawa, saya cakap pada dia mudah saja…
“Nampakkan apa yang berlaku, nampakkan kehidupan saya bagaimana? Jadi dia faham.
“Saya ada kongsikanya juga padanya agar belajar sesuatu dari apa yang dia lihat,” kata Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina kepada MH.
“Apa yang boleh saya katakan, dia sayang Sefhia macam anaknya sendiri. Sebab kadang-kadang kita boleh lihat sama orang itu ‘berlakon’ atau sebaliknya depan kita.
“Tapi bila saya keluar bersama ahli keluarganya, saya boleh nampak dia memang sukakan budak-budak. Bahkan dia juga adalah kegemaran anak-anak buah.
“Jadi dari situ saya boleh meneka dari segi cara layanannya terhadap kanak-kanak,” akhiri Kak Lina.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI