Kecoh di Twitter apabila Jennifer Niven memuat naik foto mesra bersama seorang lelaki mirip Joe Alwyn iaitu kekasih Taylor Swift dengan kapsyen ‘dear lovelies, I said yes…’
Terkejut dengan foto yang disebarkan, peminat cukup kecewa dan terkejut kerana menyangka ratu pop ini putus cinta buat sekelian kalinya.
Taylor sebelum ini sinonim dengan kisah cinta pakai buang dengan beberapa selebriti, termasuk Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal dan Harry Styles.
Namun, Jennifer di laman Instagram telah memuatnaik foto lain dan nyata tunangnya memiliki wajah seiras Joe Alwyn. Bolehlah netizen tarik nafas lega kan?
Foto : Instagram Taylor Swift, Jennifer Niven
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon I Love You Mr Clown, Yuna Rahim Sah Bergelar Isteri Nurakmal Ayub
Pelakon Yuna Rahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Nurakmal Ayub, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Selangor pada pagi Sabtu.
Memetik Utusan Online, pasangan mempelai itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada jam 11 pagi.
Pada majlis tersebut, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Pelakon drama I Love You Mr Clown itu mula menjalin cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat mereka.
Turut meraikan, rakan-rakan artis seperti Intan Najuwa, Wanna Ali, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad.
Yuna turut memaklumkan majlis resepsi akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kupohon Kemaafan, Halal Makan Dan Minum,” – Fauziah Latiff Sedekahkan Doa Buat Arwah Bapa Dan Allahyarham Nassier Wahab
Awal semalam, penyanyi Fauziah Latiff ada memberi dedikasinya buat kedua arwah orang tuanya dan permata seni yang baru sahaja meninggal dunia pada tengah malam Khamis, Dato’ Nassier Wahab.
Perkongsian tersebut dimuat naik penyanyi Teratai Layu Di Tasik Madu itu menerusi Instagram.
“Ya Allah Ya Tuhanku, tiada lain yang ku pohon dari rahmatMu Ya Allah. Terima kasih di atas segala pemberianMu Ya Allah.
“Ayah… Mak… Nyawa dunia dan akhiratku. Terima kasih di atas kelahiran ini. Ayah, kerinduan yang tiada batasnya hingga hujung nafasku. Mak, nyawa dan nafasku yang terakhir. Terima kasih Mak Ayah, semoga tenang di sana Al-Fatihah
“Hari ini juga saya kehilangan seorang yang saya hormati dan kasihi. Al-Fatihah untuk Abangku, Nassier Wahab.
“Kepada keluarga, sahabat dan rakan-rakan di sini yang mengenali dan sentiasa bersama, terima kasih di atas segalanya.
“Di sini saya juga memohon keampunan jika ada segala kesalahan dan kesilapan atau yang menyinggung perasaan. Kupohon kemaafan. Halal makan dan minum,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut mendoakan insan yang telah pergi buat selama-lamanya.
Terdahulu lapor Awani, 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Allahyarhyam juga pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Arwah pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.
Foto: Instagram Fauziah Latiff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Selepas Bercerai Dulu Saya Memang Meratap, Tapi Untuk Kali Ini Saya Lebih Tenang,” – Nonny Nadirah
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah berkongsi berita mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan yang dirancang bersama pelakon, Niezam Zaidi, beberapa hari lalu.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.
Jelas bintang berusia 31 tahun ini lagi, dia menyifatkan pasti akan ada hikmah atas yang berlaku.
“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.
“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.
“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.
“Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Nonny turut ditanya mengenai apa reaksi ibu terhadap hal yang berlaku.
“Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan.
“Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat.
“Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira.
“Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.
Nonny sebelum ini mengejutkan para peminat apabila mengumumkan majlis perkahwinan mereka batal menerusi satu hantaran di Instagram.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI