Hiburan

Keke Palmer Trauma Akibat Bekas Pengurus Kutuk Berat Badan Ibu

Share

Pelakon terkenal Hollywood, Keke Palmer, mendedahkan perbualan dengan bekas pengurusnya yang membuat dia terkesan dan trauma.

Menurut Keke ketika itu bekas pengurusnya mengkritik hebat berat badan ibunya dan menyatakan bahawa ibunya akan mati jika tidak berusaha menurunkan berat.

Dia yang ketika itu berusia 12 tahun berasa takut, tertekan dan trauma memikirkan tetang bil perubatan dan bagaimana jika ibunya meninggal dunia.

“Itu benar-benar membuatkan saya trauma dan membuatkan saya tertekan. Ia membuatkan saya berfikir diub akan mati, memikirkan perkara seperti bil perubatan. Terlalu berat untuk difikirkan,” kongsinya.

Perkara tersebut merupakan salah satu insiden yang berbekas dihatinya sehingga kini sebagai seorang pelakon yang memulakan kerjaya dalam dunia seni sejak kecil.

Dalam pada itu Keke turut mededahkan perasaan tertekan yang dihidapinya didorong oleh rasa takut jika tidak berupaya mendapat tawaran lakonan baharu, lebih-lebih lagi dia menampung keluarga dari segi kewangan.

Keke antara pelakon kanak-kanak yang berjaya mengembangkan kerjayanya dengan baik hingga dewasa.

BACA JUGA: Jessica Alba & Cash Warren Berpisah Selepas 16 Tahun Berkahwin

“Saya membenci ibu bapa saya untuk masa yang lama. Terdapat begitu banyak tekanan untuk membuktikan yang saya boleh kepada masyarakat, untuk ibu bapa saya, untuk adik-beradik saya, untuk pengorbanan mereka.

“Mereka tidak mengatakannya, tetapi itulah realitinya,” kongsinya lagi dalam temubual bersama outlet media, The Cut.

Keke yang kini berusia 32 tahun memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sejak berusia 10 tahun lagi. Bukan sekadar lakonan dia juga memiliki album sebagai penyanyi dan bergelar seorang hos.

Bakatnya diiktiraf tinggi apabila memenangi anugerah Emmy pada 2023 untuk kategori pelakon wanita terbaik drama bersiri manakala pada anugerah Emmy 2024 pula dia mencipta sejarah sebagai hos wanita berkulit hitam pertama dinobat sebagai hos terbaik gameshow.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA