Berita

“Kekuatan Saya Fail Cerai Hari Ini Adalah Tuhan Dan Sokongan Ibu,” – Zahnita Wilson

Share

Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menolak khabar angin dia ingin keluar rumah dan tinggal berasingan yang menjadi punca utama dia dikasari suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Menurut Zahnita, 38, dia bagaimanapun tidak boleh memperincikan insiden berkaitan kerana ia masih dalam siasatan polis.

“Saya tidak boleh berkongsi kejadian itu buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis.

“Cuma yang saya boleh katakan dia melakukan keganasan itu kerana tidak tahan dengan soalan saya mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Zahnita turut nekad memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.

Keputusan tersebut dilakukan kerana sudah tidak sanggup dirinya terus dizalimi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.

“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini adalah Tuhan dan sokongan daripada ibu saya. Doanya mengiringi perjalanan saya hari ini.

“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya lagi, lapor Harian Metro.

Dalam masa sama, Zahnita meluahkan rasa lega apabila suaminya itu sudah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Saya lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa perlu ada perasaan risau. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.

“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.

“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu media melaporkan mengenai hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu di media sosial yang mengejutkan ramai, apabila dia berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.

Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial “Saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,”- Zahnita #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan
Published by
MH