Berkongsi khabar gembira menerusi sebuah posting di Instagram, pelakon, Zamarul Hisyam memaklumkan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Diana Rafar telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Jumaat.
Menurut Zamarul, kelahiran cahaya mata tersebut bakal menceriakan lagi suasana di dalam keluarganya.
“Syukur Alhamdulillah. Hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh .
“Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami.
“Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan,” tulisnya
Dalam pada itu, Zamarul turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
“Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda.
“Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat jugak.
“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Zamarul dan juga Diana.
Terdahulu, Zamarul dan Diana telah melansungkan perkahwinan mereka pada tanggal 16 Mei 2009 namum bercerai pada 15 Januari 2015.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab kabul semula pada 14 Mei 2015.
Sumber: Instagram Zamarul Hisyam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI