Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, Che Ta telah memberi nasihat kepada peminat.
Pelakon yang berusia 46 tahun itu berkata hidup biarlah secara bersederhana dan tidak mewah.
“Semewah apapun gaya hidup kita, kelak tanahlah tempat kembali kita..,” tulisnya.
Di samping itu, Che Ta sempat mengimbau kembali gambar ketika berada di tanah suci Mekah.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan sebagai satu nasihat yang bermanfaat kepada semua.
Foto : Instagram Rozita Che Wan