Baru-baru ini, pelakon Syafiq Kyle ada bertanya buat para pengikutnya di Instagram mengenai apakah lauk raya yang perlu ada dan yang paling mudah untuk disediakan selain rendang?
Pertanyaan tersebut dibuat adalah berkisar iklan rayanya yang kini sudah boleh ditonton menerusi platform media sosial bintang Nur 2 itu.
“Selain rendang, lauk apa yang perlu ada dan senang nak masak untuk pagi raya? Share dengan Capik please,” tulisnya sambil memberikan pautan iklan raya penuhnya itu.
Ads
Lalu, rata-ratanya memberikan pelbagai dan tak kurang yang berbaur humor. Malah, ada beberapa komen yang ditinggalkan turut mendapat respon dari Syafiq.
Ads
Aduhai… macam-macam reaksi yang diberikan mereka kan? Apa pun, iklan raya istimewa ini juga turut menampilkan pelakon berbakat besar, Nabila Huda dan Sheila Mambo sebagai undangan khas.
Iklan ini mengisahkan perjalanan Syafiq bersama isterinya (lakonan Anna Jobling) yang pulang ke kampung buat pertama kali selepas berkahwin.
Ads
Sehingga kini, iklam tersebut sudah pun ditonton hampir 70,000 kali di YouTube.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Janda Ally Iskandar yang juga personaliti media sosial, Farah Lee baru-baru ini ada memuat naik entri berkenaan dengan cara untuk melupakan insan yang pernah disayangi.
Menyenaraikan beberapa tips, Farah Lee turut memberitahu ulangi proses tersebut hingga hilang perasaan rindu itu.
“Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang.?
.
Takde jalan, sebab kau takkan mampu lupa. They were part of your life and forever will be. Tapi kau mampu untuk lupa rasa sayang yang pernah ada. #FLwrites
.
Bagaimana.?
.
• Bangun tahajjud.
• Solat sunat hajat untuk memaafkan.
• Usai solat dan berdoa,
• Letak telapak tangan di dada.
• Baca Surah Ar-Ra’ad ayat 39 tiga kali.
• Genggam tapak tangan tersebut.
• Masukkan semua rasa sayang, geram, benci dalam tu.
• Campak genggaman tersebut ke udara.
• Menangis sampai puas.
• Tenangkan diri.
• Lapangkan hati.
• Redha.
• Serahkan pada Allah.
.
Ulang sampai you no longer have any feelings towards them. Begitu juga boleh amal untuk hilangkan rasa benci pada seseorang contoh perampas suami kurrr ? Hiks.!
.
I’ve received a lot of DMs tanya camne nak move on. Actually maybe sebab I dah moved on jadi I lupa dah I pernah buat apa ? So I tried to recall. And this is one of the tips, I suggest this to be the first and foremost thing to do to move on.
.
The rest I’ll share in next post.! (Doakan assignments ni smooth so I have time for that haha),” tulisnya panjang lebar.
Semalam, salah seorang anak teruna kepada pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly, Luth Mikhail ada memuat naik foto bersama teman wanitanya menerusi Instagram.
Menerusi foto throwback itu, ramai yang kagum dengan hubungan akrab keduanya dari dulu hingga kini.
Malah tak kurang yang memberi dedikasi ucapan tahniah serta menyataan akan perbezaan wajah yang ketara terhadap keduanya dulu dan kini.
Gelagat penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial apabila pasangan ini sering bergurau dan bergaduh sesama mereka.
Baru-baru ini, Shuib ada memuat naik satu rakaman video menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut kelihatan penyanyi lagu Semakin itu sedang merajuk dan memarahi Shuib.
“Pergilah Sayang Motor Tu, Tak Payah Sayang I…,” kata Siti Sarah.