Bimbang andai aplikasi perkongsian gambar seperti Instagram tidak lagi ada pada masa akan datang, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mempunyai cara tersendiri untuk ‘merekodkan’ semua momen indah percutiannya bersama keluarga
Katanya, selain menjadi kenang-kenangan, sesi percutiannya boleh menjadi rujukan ahli keluarga.
“Setiap gambar percutian, saya akan rekod dalam CD (cakera padat). Akan tulis di mana destinasi ikut susunan.
“Senang nanti nak cari kalau nak tengok balik foto-foto yang sudah diambil. Esok lusa, kalau tak ada Instagram, macam mana nak cari balik?
“Sebab itulah saya akan simpan ia dalam bentuk CD,” katanya kepada MH.
Che Ta sebelum ini sedia dikenali sebagai antara selebriti yang akan membawa jurugambarnya sendiri bagi merekod dan mengambil gambarnya sepanjang bercuti, sama ada di dalam atau pun luar negara.
Terbaru, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu dilihat sedang berlibur di Langkawi bersama ahli keluarganya yang lain. Kelas Che Ta!
Foto: Instagram Che Ta.