Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada menitipkan kata pesanan dan nasihat kepada pelakon Ayda Jebat yang sudah bergelar isteri pada Jumaat lalu.
Di samping berkongsi foto ketika menghadiri majlis pernikahan Ayda yang berlangsung di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sheila berpesan agar pasangan ini mengamalkan sikap toleransi dalam rumah tangga di ruangan kapsyen entri tersebut.
“1.1.2021 Ingat pesan mama. Kelebihan tidak akan melebihi kekurangan. Bukan semua yg adik cakap adik buat adik rasa betul.
“Bukan semua yg Nabil buat Nabil cakap adik rasa salah. Mama sayang adik tau!
“#bilaaydajatuhcinta #sentiasabersyukur #alhamdulillah @aydajebat @nabilmahir,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ayda telah mengikat tali pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir pada 28 April lalu.
Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri dan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021.
Foto: Instagram Sheila Rusly