Beberapa jam lalu, pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuat naik foto mereka di lapangan terbang memaklumkan mereka akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Posting berkenaan dimuat naik pasangan suami isteri itu menerusi Instagram.
Mengharapkan agar umrah yang akan dilakukan berjalan lancar, Aeril dan Wawa sempat memohon maaf atas segala khilaf sebelum berangkat.
“Dalam perjalanan ke pintu Multazam, mohon doa dan maaf segala khilaf, tulisnya Aeril.
“Doakan saya dan suami selamat pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur, amin. Mohon maaf salah dan khilaf,” kongsi Wawa pula menerusi Instagram Miliknya.
Lalu, posting berkenaan turut mendapat ucapan dari peminat yang rata-ratannya mendoakan agar perjalanan dan umrah akan berjalan lancar dan dipermudahkan.
Bagaimanapun, foto yang dimuat naik tidak pula disertai oleh anak-anak mereka.
Foto: Instagram Aeril dan Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tak sampai sebulan kemenangannya sebagai Miss Japan 2024, Karolina Shiino terpaksa melepaskan gelaran tersebut apabila terbalit dalam hubungan cinta bersama suami orang.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh penganjur pertandingan tersebut selepas berita mengenai hubungan sulit tersebut disebarkan oleh sebuah majalah di sana.
Insiden ini menjadi insiden pertama dalam sejaran pertandingan itu dan gelaran untuk tahun ini akan dikosongkan dan tidak digantikan dengan yang lain.
Majalah Shukan Bunshun melaporkan pada Rabu lalu bahawa Karolina, 26, sedang bercinta dengan seorang doktor yang sudah berkahwin.
Pada mulanya ratu cantik berdarah Ukraine itu menafikan khabar angin dan tidak tahu bahawa kekasihnya itu merupakan suami orang dek kerana dia terlalu panik.
Namun kemudiannya dia mengaku bahawa dia sudah mengetahui kekasihnya itu suami orang dan telah berbohong kepada penganjur dan juga pihak media. Shiino menyiarkan mesej di Instagramnya pada hari Isnin mengatakan dia tidak bercakap benar kerana kekeliruan dan rasa takut.
Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang Ahad.
Majlis yang disambut secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha.
Memetik Berita Harian, Sheila mengakui rasa gembiradengan ikatan pertunangan melibatkan pasangan sama cantik sama padan itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya.
Sheila turut menjelaskan, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.
“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” katanya lagi.
Berkongsi pilihan hati anaknya itu, Sheila meyakini bintang drama Misteri Mona itu mampu membahagiakan anak pertamanya itu.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” katanya.
Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.
Hari bahagia Haq dan Elisya turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial masing-masing.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...