Kelihatan Ayu Berhijab, Ini Foto Indah Sekitar Majlis Resepsi Zarina Anjoulie

Share

Pelakon dan bintang media sosial, Zarina Anjoulie telah pun selamat melangsungkan majlis resepsi di Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis berlangsung penuh meriah pada Sabtu dengan kehadiran sahabat handai dan ahli keluarga.

Pada masa sama, Zarina turut berkongsi momen indah hari bersejarah bersama peminat menerusi akaun Instagram.

Pelakon drama Anak Pontianak itu mengenakan busana merah jambu sebagai warna pilihan untuk majlis resepsi berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Zarina dan suami.

Zarina selamat bergelar isteri kepada suaminya, Eilyas Azhar pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

Published by
Nazar Rafiqhi