Berita

Kelly Azman Kecewa! Dituduh Sengaja Rosakkan Lagu Dalam ‘Cover’ – “Saya Bukan Penyanyi, Saya Penghibur.”

Share

Kelly Azman tampil menafikan dirinya sengaja merosakkan karya penyanyi lain susulan tindakannya menyanyikan semula atau ‘cover’ beberapa lagu penyanyi tempatan.

Menyangkal dakwaan tersebut, Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, sebagai penghibur, tidak salah untuknya menggunakan platform yang ada untuk berkarya.

Bantu Promosi Lagu

Malah Kelly menambah, ia secara tidak langsung, telah membantu mempromosikan karya rakan penyanyi tanah air.

“Saya cover lagu beberapa artis tempatan kerana saya merasakan lagu itu menjadi siulan. Saya hanya merancakkan lagu tersebut. Menyanyi memang minat saya.

“Jadi inilah cara untuk saya ke depan dengan cara menyanyikan semula lagu penyanyi yang sedang viral.

“Saya tidak mencalarkan lagu tersebut, kenapa netizen kata saya merosakkan? Adakah sebab suara saya tak sedap?

“Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya cover dan parodi sahaja lagu penyanyi artis Malaysia,” katanya.

Kelly yang turut memiliki beberapa buah single itu berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘review’ ramadan buffet Selera Bonda yang berlangsung di St.Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

Tak Serik, Labur Duit Sendiri

Tidak berasa serik meskipun menerima kecaman di media sosial, Kelly memberitahu ada banyak lagi ‘cover’ bakal dikeluarkan sepanjang 2025.

“Saya tak serik, tahun 2025 ada 14 buah lagu yang sudah masuk dalam senarai untuk saya cover. Sebulan dua buah lagu.

“Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, penyanyui lagu ‘No No No’ ini turut mendedahkan kos sebuah video klip yang dilakukan mencecah RM5,000.

“Anggaran satu video klip, saya berhabis RM5,000. Kos ditanggung sendiri oleh saya. Ini ada usaha saya sendiri. Saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan,” akuinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Kelly bakal bergandingan dengan penyanyi Ani Mayuni untuk menghiburkan tetamu yang hadir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di hotel tersebut.

Selera Bonda buffet dinner menawarkan harga berpatutan dan untuk menikmati pelbagai hidangan lazat  dengan promosi hebat, boleh hubungi pihak hotel untuk informasi lanjut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH