Selebriti versatil, Kelly Azman tidak menafikan ada individu yang sebelum ini pernah menempelak dirinya, tiba-tiba cuba untuk kembali mesra dan berbaik semula.
Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia tidak terkejut dengan situasi yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suatu hal lumrah, yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Memang wujud, tidak saya nafikan. Malah ada yang tiba-tiba mulai mesej saya balik yang mana pernah satu ketika, pernah ‘ludah’ kita. Katanya saya ni tidak setaraf dengannya. Kita ni di dalam satu industri yang kecil dan sering berkerjasama.
“Namun bila ada yang mulai dapat rezeki lebih, tiba-tiba perangai jadi lain. Mula menjauhkan diri dan tidak mahu lagi sama-sama buat ‘job’ dengan saya. Jadi kita ni dirasakan ‘sendu’ di mata mereka. Siap cakap siapa saya, tak layak dan sebagainya.
“Tapi tidak mengapalah sebab sekarang ada yang datang balik. Saya tidak membenci jauh sekali nak berdendam. Cuma selepas ini kita akan lebih berhati-hati. Nak cari kawan yang boleh susah senang bersama bukan hal yang mudah,” katanya kepada MH.
Kelly berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Single, Dustakan Cinta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai single keempatnya ini, Kelly bertuah kepada menerima kepercayaan daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tempatan.
“Bila terima melodi naskhah tersebut daripada Mohariz Yaakup kira-kira dua tahun lalu, liriknya masih belum ada. Jadi saya cuba hubungi dan memang berniat mahukan Allahyarham Iman Imran untuk nukilkan lirik bagi lagu ini, namun arwah cadangkan saya untuk gunakan penulis lirik baharu, yang mana mereka juga teman saya.
“Bila saya terima liriknya, kami cuba lalukan beberapa penambahbaikan untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Jadi begitulah prosesnya. Ia dipermudahkan hasil sokongan semua.
Ads
“Jujurnya, komposer bayangkan andai lagu ini dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia pun baru dedahkan perkara tersebut kepada saya sejurus karya ini siap. Katanya dia membayangkan kalaulah Siti yang nyanyi bagaimana jadinya. Cuma ketika itu, beliau rasa segan untuk pelawa penyanyi terkenal tersebut,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mengakui terharu atas sokongan ramai.
“Sudah tentulah saya terharu, tak percaya pun ada. Memang akan ada yang kata siapa Mohariz Yaakup? Tapi kalau kita ‘study’ balik profil seninya, beliau bukan calang-calang. Rasa bertuah juga sebenarnya.
“Sebab itulah saya percaya kepada rezeki. Saya terima pelawaan ini pun ketika membuat ‘konsert’ di media sosial yang mana ia turut menerima sambutan baik rakan artis yang sama-sama sertai ‘IG Live’ tersebut. Awalnya hanya nak buat suka-suka memandangkan ketika itu kita semua berada dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Tak sangka ia jadi sesuatu yang bermakna untuk kerjaya seni saya. Daripada situ ada peminat baru yang mula mengenali, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Hanis Zalikha berkongsi momen istimewa bersama anak sulung, Yusuf Iskandar membantunya menyediakan menu masakan di dapur.
Jelas Hanis, Yusuf cukup gemar membantu apa sahaja yang dilakukan dan ternyata memudahkan rutin hariannya.
Lebih melucukan, sewaktu memasukkan bahan-bahan di dalam mesin kisar, bawang putih disebut sebagai coklat chip oleh kanak-kanak berusia tiga tahun ini.
“I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan.
“Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang,” tulisnya.
Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Di waktu-waktu Covid 19 sekarang ni banyak betul dugaan-dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya segala urusan anak-anak kami dipermudahkan.
“Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah. Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your two weeks quarantine. Love you guys so much,” kongsinya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Maslinda menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan selamat jalan selain turut mendoakan semoga segala urusan Aiman dan Zahirah sewaktu berada di Australia dipermudahkan.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari lalu dan kini sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata sulung.