Penyanyi Khai Bahar menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.
Meskipun dikelilingi ramai kawan wanita, namun Khai selesa berkawan dan tidak mahu mempunyai hubungan yang lebih serius.
“Penyokong saya ramai perempuan. Bila saya rapat dengan seseorang tu, orang akan kaitkan saya dengan individu berkenaan. Contohnya, macam saya rapat dengan Wany Hasrita, orang akan mula cakap-cakap mengenai saya dengan dia,” kata Khai selepas selesai membuat persembahan The Stage Media Hiburan Rabu lalu.
Jelas Khai lagi, dia selesa berkawan dengan sesiapa sahaja kerana baginya ia dapat mengurangkan tekanan apabila berjumpa dengan ramai orang.
Ads
“Saya ada juga keluar dengan kawan perempuan, tapi saya tak show off masuk dalam media sosial semua, just have fun and chill lepak. Kawan je lah sebab tak ada yang berkenan setakat ni,” jelas Khai jujur.
Ads
Tambah penyanyi berusia 24 tahun itu, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam industri muzik terlebih dahulu.
Ads
“Mungkin saya terlalu muda untuk fikir semua ni, jadi saya mahu fokus dulu dalam bidang muzik dan fikir pasal diri sendiri dulu,” tambah Khai.
Apa pun, ikuti temubual bersamanya menerusi FB Live MH.
Tidak seperti calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lain yang lebih gemar menyantuni masyarakat dengan kempen ceramah dan syarahan, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, pula mengambil pendekatan sendiri yang disifatkan lebih ‘old school’.
Eizlan yang merupakan calon Parti GTA (Pejuang) bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam menggunakan cara lebih mesra dan santai iaitu ‘lepak minum’ bagi mendengar sendiri permasalahan serta penambahbaikan yang diperlukan penduduk di situ.
“Sejak nama saya dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Sabak Bernam, perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah mengenali hati budi dan mendengar sendiri luahan masyarakat di sini.
“Tambahan pula saya tidak mahu menyusahkan masyarakat terutama pihak berkuasa tempatan yang saya faham bertungkus lumus memastikan proses berkempen sempena PRU15 di sini berjalan lancar.
“Saya akui, saya tak banyak masa untuk berkempen secara besar-besaran seperti mana calon-calon lain yang bertanding tapi saya ada pendekatan saya sendiri,” katanya.
Menurut Eizlan, pendekatan yang dilakukan sejak hampir seminggu berkampung di Sabak Bernam, mendedahkannya dengan isu dan permasalahan yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
Antaranya isu jambatan menghubungkan Sungai Air Tawar dan Hutan Melintang, isu rangkaian internet, hasil pertanian serta isu anak muda.
“Semua isu itu saya dengar sendiri daripada mereka. Seolah-olah saya sudah bergelar YB Sabak Bernam.
“Saya orang yang bekerja, bukan ahli politik. Jika menang di sini, saya mahu bawa semua isu dan permasalahan diluahkan masyarakat Sabak Bernam ke peringkat Parlimen,” katanya lagi.
Eizlan bakal bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan, calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma’arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri dalam PRU15 yang diadakan pada 19 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Lan Solo berkongsi berita sedih apabila ibunya ditahan wad akibat serangan strok (left brain damage) awal pagi Isnin.
Malah, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu juga berkongsi detik cemas apabila ibunya tiba-tiba terjatuh dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Assalamualaikum.. 1st of all.. kami mintak maaf pd semua yg call atas urusan kerja mahupon urusan keluarga spjg hari nie.. kami x mampu nak reply dan jawab call.
“Seawal pagi tadi,Mama kami suddenly collapse dan kami menguruskan mama smpi skrg.. As for now, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital.
“Ini bermakna, kami akan byk berada di hospital selama mama admitted.
“Kpd yg bertanya.. mama kene serangan stroke / left brain damage.. buat masa ini,masa kami dan ahli keluarga lain mmg akan bersama mama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Utk kenalan di sini.. besar harapan kiranya kalian dpt bantu doakan mama dpt kembali seperti sediakala. Utk family jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye,” kongsinya.
‘Berang’ apabila anak menjadi mangsa buli rakan sekolah, pelakon Datin Almy Nadia mengambil pendekatan menasihati anaknya agar jangan terlalu berlembut hati memberikan wang belanja miliknya dengan sewenang-wenangnya.
Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Almy, 36, menegur anak sulungnya, Nur Afrina Arianna, 7, yang sering menjadi mangsa ‘pau’ duit daripada rakan sekolah agama.
“Kenapa awak nak kena bagi, dia susah sangat ke? Kalau dia nak, awak memang nak kena bagi je semua?
“Lepas ni mama dah tak payah bagi duit belanja dah, kalau awak tabur je duit dekat orang. Ingat senang ke nak dapat duit?
“Mama dah cakap kan, kita bantu orang yang betul-betul susah kalau dia takde duit, takde makan, duduk termenung, orang susah
“Ini minta, dapat, minta dapat. Ingat apa!” kata Almy.
Rata-rata netizen memahami apa yang cuba disampaikan Almy kerana mereka turut berhadapan dengan situasi sama apabila anak-anak sering dibuli rakan-rakan yang sengaja meminta-minta wang walaupun mempunyai duit belanja sendiri.
“Berlaku di mana-mana dah sekarang ni… dari umur muda dah tak malu meminta-minta… kadang-kadang pelik… kita dulu sekolah pun susah juga tapi tak pandai nak meminta duit dgn orang.
“Hurmmm sama lah ank dara saya.. Hari-hari bersedekah… Last-last kita bekalkan makanan dengan RM2@3 je. Bagus dorang bersedekah tapi kalau dah hari-hari kopak.
“Kakak saya pun baru marah anak dia sebab bagi duit kat kawan..baru darjah 1, katanya kawan minta,” komen beberapa netizen.
Selain netizen, penyanyi Tasha Manshahar yang juga seorang guru turut memberikan pandangannya menerusi ruang komen mengenai isu kanak-kanak meminta wang daripada rakan sekolah.
“Parents, please pesan dekat anak jangan minta-minta duit dekat kawan. Please bertegas sikit bab ni. Cuba tiap kali balik, tanya hari ini duit dah beli apa, ada ke pinjam duit kawan.
“Dapat kawan lembut hati macam kakak ni (Afrina), terus aje dia bagi. Benda ni memang berleluasa dekat mana-mana sekolah sekarang. Kadang yang bagi duit pula tak cukup makan nak tolong kawan punya pasal.
“If kawan tu memang time tu nak pinjam sebab tak bawa duit, takpe kita boleh pertimbangkan, tapi ada budak sekarang dia dah jadi habit minta duit kawan.
“Dia ada duit, tapi saja nak minta supaya dia boleh berbelanja lebih daripada apa yang mak ayah dah bekalkan. Cikgu-cikgu pun pening kepala nak setel hal ni,” tulis Tasha.
Sekadar info, Almy mendirikan rumah tangga dengan aktor Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 7, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 2, dan Nur Afrina Aisyah yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...