Uncategorized

“Keluar Dengan Kawan Perempuan, Tapi Saya Tak Show Off…,”- Khai Bahar

Share

Penyanyi Khai Bahar menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

Meskipun dikelilingi ramai kawan wanita, namun Khai selesa berkawan dan tidak mahu mempunyai hubungan yang lebih serius.

“Penyokong saya ramai perempuan. Bila saya rapat dengan seseorang tu, orang akan kaitkan saya dengan individu berkenaan. Contohnya, macam saya rapat dengan Wany Hasrita, orang akan mula cakap-cakap mengenai saya dengan dia,” kata Khai selepas selesai membuat persembahan The Stage Media Hiburan Rabu lalu.

Jelas Khai lagi, dia selesa berkawan dengan sesiapa sahaja kerana baginya ia dapat mengurangkan tekanan apabila berjumpa dengan ramai orang.

“Saya ada juga keluar dengan kawan perempuan, tapi saya tak show off masuk dalam media sosial semua, just have fun and chill lepak. Kawan je lah sebab tak ada yang berkenan setakat ni,” jelas Khai jujur.

Tambah penyanyi berusia 24 tahun itu, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam industri muzik terlebih dahulu.

“Mungkin saya terlalu muda untuk fikir semua ni, jadi saya mahu fokus dulu dalam bidang muzik dan fikir pasal diri sendiri dulu,” tambah Khai.

Apa pun, ikuti temubual bersamanya menerusi FB Live MH.

Published by
Amynur Akmal