
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penat Cari Duit, Aku Yang Perempuan Pun Kerja,” – Staff Kedai Jadi Mangsa Pukau, Isteri Tomok Kecewa

Isteri kepada penyanyi, Tomok, Ayu Abas tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah menipu pekerjanya dan melarikan sejumlah wang di kedai minuman yang diusahakannya bersama suami.
Menurut Ayu, dia dan suami telah berkerja keras mengusahakan kedai minuman tersebut untuk memberi manfaat bukan sahaja buat keluarganya tetapi juga buat masyarakat yang memerlukan pekerjaan.
“Helo scammer, aku penat cari duit siang malam tahu. Nak majukan keluarga,nak jana ekonomi negara dan nak bantu anak bangsa dapatkan pekerjaan.
“Macam itu sahaja kau ambil duit aku. Kamu sangat memalukan. Aku perempuan pun kerja tahu. Harap dapat pembalasan secepatnya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Tindakan individu tersebut sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di kedai tersebut.
Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi foto laporan polis yang telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.
Pagi tadi, Tomok memaklumkan pekerjanya seakan-akan menjadi mangsa pukau ketika sedang melayan seorang pelanggan pada Rabu.
Pelanggan tersebut dikatakan telah memesan minuman tetapi tidak membuat sebarang pembayaran. Lalu, dia mahu wang bakinya dikembalikan sebanyak RM87.
Jelas Tomok dia sememangnya kecewa dengan kejadian tersebut memandangkan kedai minumannya itu baru sahaja beroperasi pada bulan lalu.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayu Abas & Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Ini Hari Terakhir Kita Diberi Nafas Dimuka Bumi Allah,”- Atas Hidayah & Petunjuk, Mila Jirin Mahu Kekal Tutup Aurat Dengan Sempurna

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini mahu lebih peka seterusnya memasang niat untuk menutup aurat secara lebih sempurna.
Dua hari lalu, penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini telah membaca ayat surah An-Nur dan berkongsi tafsiran surah tersebut bersama pengikutnya.
“Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya. Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
“𝗔𝗹lah berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
“𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮h, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.,” kongsi Mila.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu telah menerima hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna selepas membaca surah tersebut.
Di samping itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini memohon peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah dalam mencari kerehdaan dari Allah S.W.T.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮h.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap #Ramadan #Lillahitaala,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dituduh Menggelapkan RM1.7 Juta Wang Syarikat, Suami Bunga Citra Lestari Siap Sedia Bicara

Beberapa hari ini kecoh isu suami Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana dituduh menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya, Arina Winarto.
Syarikat tersebut yang dikenali dengan nama PT Arjuna Advaya Sanjaya yang diusahakan sekitar tahun 2015 sehingga 2021merupakan sebuah Syarikat dalam industri makanan dan minuman.
Tiko bertindak sebagai pengarah urusan Syarikat manakala bekas isterinya pula, Arina merupakan pengarah yang menjadi pemegang saham terbesar syarikat dan menjadi individu yang mengeluarkan modal.

Ketika syarikat itu berjalan Tiko lebih mempunyai kuasa penuh terhadap kegiatan syarikat termasuklah kewangan manakala Arina pula lebih pasif dan hanya mahu melihat perniagaan berjalan lancar.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, hal ini bukanlah perkara baharu kerana Tiko telahpun dilaporkan dengan perkara yang sama dua tahun lalu, pada 23 Julai 2022.
Berhubung perkara itu, wakil dari firma guaman Aghasar berkata Tiko akan menggunakan hak menjawabnya untuk bercakap mengenai kes ini.
“Setelah mendapat perhatian media berhubung dakwaan penyelewengan dalam jawatan. Sebagai tindak balas terhadap perkara ini, Encik Tiko Wardhana akan menggunakan hak jawapannya untuk menjelaskan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya,” menurut kenyataan akhbar daripada Firma Guaman Aghasar.
Kes tersebut menjadi perhatian apabila Arina mendakwa Tiko menggelapkan wang syarikat setelah mendapati dokumen kewangan telah dimanipulasi dan kemudiannya melakukan audit sehingga mendapati dana sebesar RM1.7 juta telah digunakan.
Imbas kembali, Tiko dan Arina pernah bernikah pada Jun 2014 dan dikurniakan sepasang anak kembar sebelum mengambil Keputusan berpisah pada Oktober 2021. Tiko kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari pada Disember tahun lepas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI