Di samping itu, peminat turut memuji pasangan ini yang dikatakan sangat romatis dan secocok bersama.
Ads
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Soalan saya pada Scha, nanti bayi dalam perut tu tak pedih ke mata dia?” Itu seloroh hos dan pelakon, Awal Ashaari, 39, melihatkan perubahan isterinya, Scha Alyahya,38, yang mengidam makanan pedas ketika hamil anak kedua, Lyla Amina.
Sekali gus, ia membawa kepada penghasilan produk Schambal yang dikeluarkan menggunakan jenama Amina Food yang diambil sempena nama permata hatinya itu.
Mengimbas fasa kehamilan kedua isterinya itu, Awal mendedahkan Scha dilihat kerap mengambil makanan pedas, terutamanya yang berasaskan sambal bilis kering.
“Dia memang gemar ambil makanan pedas misalnya nasi kukus, sambal hijau, ikan yang dicicah dengan kicap cili dan sebagainya. Daripada situlah timbulnyaidea penghasilan produk ini.
“Malah, sambal kering mesti kena ada dan dia gunakan sambal berkenaan di dalam setiap menu yang diambil.
“Kalau makan roti sekali pun, dia akan bubuh sambal kering tu, kapit dua dan terus makan. Bagi saya, sambal kering ini sebenarnya pelbagai guna,” katanya kepada MH.
Pasangan selebriti itu ditemui di Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Schambal di Cookhouse, Glo Damansara TTDI, Selangor, baru-baru ini.
Sementara itu, Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya menambah, dia sebenarnya serik untuk mengambil makanan pedas.
“Itu yang pelik. Saya jarang suka makanan pedas selepas menghidap appendiks, ketika berusia 17 tahun.
“Cuma ketika kandungkan Lyla, saya tertanya mengapa tiba-tiba pula suka makanan yang pedas yang rangup. Kebetulan saya memang peminat tempe dan ikan bilis juga.
“Bila kongsikan perkara itu pada Awal dan kami mula terfikir mengapa tidak untuk kita cari produk seumpamanya yang betul-betul berikan kepuasan, yang dipercayai dan dekat dengan hati.
“Lalu terhasillah Schambal. Ditambah ia juga mudah untuk disediakan kerana besifat kering dan segera,” katanya lagi.
Schambal hadir dalam dua sediaan, iaitu Schambal Garing Ikan Bilis dan Schambal Bilis Garing Tempeh.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Namun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan soal jodoh dan perkahwinan memandangkan masih lagi dalam proses berkenalan.
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati budi seseorang, InsyaAllah.
“Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan.
“Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya memetik kenyataannya dalam program Melodi yang disiarkan baru-baru ini.
Pernah dikaitkan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila, Shuib berkata wanita yang kini rapat dengannya itu bukanlah daripada kalangan orang industri.
“Dia orang biasa-biasa sahaja, dia pilihan ibu saya,” kongsi Shuib lagi.
Shuib kehilangan isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...