Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mahukan sebuah mahligai cinta yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha ada berkongsi sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram.
Apa yang menarik perhatian, bintang itu kembali mengimbau kenangan perbualan lebih lapan tahun lalu bersama suami, Hairul Azreen.
“Hahahahahahahahaha tahun ni berapa filem pulak keluar tak roger kita pun @hairulazreen,” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut memuji pasangan ini yang dikatakan sangat romatis dan secocok bersama.
Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 5 bulan.
Foto: Instagram Hanis Zalikha