Penyanyi utama kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan tampil menjelaskan sebab dia jarang berkongsi foto dengan keluarganya di laman media sosial.

Katanya, baginya keluarga itu adalah sesuatu yang sangat privasi buatnya.

“Ramai yang tanya soal itu, tetapi saya memang sudah diajar jadi macam ini untuk tidak mendedahkan keluarga saya di mata umum.

“Kalau isteri dan anak saya terlibat dalam industri itu lain cerita, tapi mereka bukan.

“Tidak dinafikan, saya ada terfikir juga kalau anak saya akan terasa ke apa namun saya tahu bagaimana ingin ‘educate’ mereka nanti.

IKLAN

“Famili itu privasi,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran single baru Azlan, berjudul Kukuh di Wow KL pada Rabu.

Pada masa sama, Azlan juga sempat berkongsi inspirasi untuk menghasilkan lagu Kukuh itu.

“Keluarga Hal Privasi,”- Jarang Tayang Famili Di Mata Umum, Ini Penjelasan Azlan

IKLAN

“Lagu ini diinspirasikan daripada kegagalan demi kegagalan dalam hidup seseorang tak kiralah dari segi percintaaan atau pun kehidupan.

“Pada saya, kegagalan itulah yang bantu cari semangat dalam diri.

IKLAN

“Saya sendiri banyak kali gagal, lebih daripada enam kali tapi saya sangat bersyukur dengan adanya keluarga saya kerana sentiasa bagi semangat dan tak tinggalkan saya,”katanya lagi.

Azlan berkahwin dengan Normala Hassan pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata berumur 8, 4, dan 2 tahun.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI