Pelakon, Anzalna Nasir ada meluahkan rasa sayu dan simpatinya kepada golongan yang menghadapi masalah kesempitan wang untuk membesarkan anak.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir berkongsi rasa itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Kadang kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi. Bayangkan gaji tinggi pun terasa bebanan hidup inikan pula gaji rendah.
“Membesarkan anak tidak mudah seperti disangka sebab banyak keperluan yang perlu disediakan terutama sekali waktu bayi.
“Sejak ada Eidrees buat Anzalna sedar macam mana la keluarga yang hidup dalam kesempitan, tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan anak-anak,” tulisnya.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu ingin memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan keperluan barang bayi.
“InsyaAllah Anzalna akan berjumpa dengan mereka. Thanks to my followers yang tolong Anzalna untuk cari keluarga yang memerlukan barang bayi/ keperluan ibu dan anak. Thank you @happikiddo_ tolong I juga. Diapers je tak cari lagi. Brand apa patut I beli?
“Siapa ada kenal lagi family yang memerlukan keperluan bayi please dm Anzalna. @mohamadeidrees pun akan buat #GIVEAWAY barang dia di page @mohamadeidrees . Ada baju, ada mainan, ada diapers dan macam-macam lagi..,” tulisnya.
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata , Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu.
Foto: Instagram Anzalna Nasir