Categories: Berita

Keluarga Kecil Saharul Ridzwan Bercuti Di Pulau Redang, Family Goals!

Share

Meski sibuk dengan kerjaya sebagai seorang selebriti, Saharul Ridzwan tetap meluangkan masa bersama isteri dan anak tunggalnya.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim ada berkongsi beberapa keping foto percutian bersama isteri dan anaknya di Pulau Redang, Terengganu.

Kongsi pelakon berusia 30 tahun ini, percutian ini bersempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 tahun.

“Anniversary trip. Ali letih naik boat lps tu terus tidur. Mungkin bosan takde kawan. Takpe, kita doa dan usaha supaya dia ada kawan utk next trip. Amin.,” tulisnya.

Lantas, bintang drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini menerima pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji sikap tanggungjawab Saharul terhadap keluarganya.

Untuk rekod, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhd Luth Ali, 2 tahun.

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Published by
Nazar Rafiqhi