Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.

Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap YouTuber Lee Jin-ho yang didakwa menyebarkan maklumat palsu.

Menurut laporan Soompi pada Selasa (18 Mac 2025), Pengarah Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Selebriti Korea, Kwon Young-Chan, bersama Ketua Pegawai Eksekutif HoverLab Inc., Kim Se-Eui, telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Metropolitan Seoul.

Dalam kenyataan rasmi, mereka menegaskan bahawa ini hanyalah permulaan bagi proses perundangan yang lebih panjang bagi mendapatkan keadilan buat mendiang Kim Sae Ron.

Ads

Sebarkan Fitnah Hingga Mendiang Tertekan?

Menurut pihak keluarga, Lee Jin-ho berperanan dalam menyebarkan maklumat palsu yang dikatakan memberi tekanan mental ekstrem kepada Kim Sae-ron hingga membawa kepada keputusannya untuk mengakhiri hidup sendiri.

“Di bawah Perkara 250 Ayat 1 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dikenakan hukuman mati, penjara seumur hidup, atau minimum lima tahun penjara. Secara hati nurani, kami mahu mengemukakan tuntutan atas jenayah pembunuhan,” ujar Kim Se-Eui dengan nada tegas.

Namun, kerana kes pencemaran nama baik tidak dikategorikan sebagai jenayah pembunuhan dalam preseden undang-undang Korea, keluarga berharap agar mahkamah mengambil kira kesan penyebaran berita palsu terhadap keputusan tragis Kim Sae-ron dan menjatuhkan hukuman setimpal kepada Lee Jin-ho.

Ads

Hubungan Kim Sae-ron & Kim Soo-hyun?

Lebih mengejutkan, pihak keluarga turut mendedahkan bahawa Kim Sae-ron pernah cuba menghubungi Kim Soo-hyun sebelum kematiannya!

Pada 24 Mac 2024, mendiang memuat naik sekeping foto bersama Kim Soo-hyun, dipercayai selepas menerima surat tuntutan pembayaran hutang dari agensi pelakon itu. Malangnya, usaha Kim Sae-ron untuk menghubungi Kim Soo Hyun tidak mendapat sebarang respon.

Disebabkan itu, dia memilih untuk memuat naik foto berkenaan dengan harapan dapat menarik perhatian pelakon tersebut. Namun, Lee Jin-ho sebaliknya menafikan hubungan mereka dan menyebarkan maklumat negatif tentang Kim Sae-ron. Keluarga percaya tindakan itu memburukkan lagi keadaan mental Kim Sae-ron hingga akhirnya membuat keputusan tragis.

Ads

Pendedahan mengejutkan ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ramai peminat menuntut Kim Soo-hyun tampil memberi penjelasan.

Buat masa ini, Kim Soo-hyun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini walaupun minggu lalu agensinya menyatakan bahawa pelakon itu akan tampil membuat kenyataan minggu ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI