Berita

“Keluarga Yang Lain Tak Tahu Menahu Pun…,” – Abby Abadi Beri Reaksi Isu Viral Marissa Dania & Aslam

Share

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan reaksinya susulan dakwaan anaknya, Marissa Dania yang dikatakan telah mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Thailand, baru-baru ini.

Abby berpendapat, Aslam individu yang belum layak untuk berpoligami kerana belum berkemampuan.

“Aslam tu bukan orang yang boleh berpoligamilah… saya tak nampak. Sebab dia tidak berkemampuan,” katanya, menerusi video yang dikongsikan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri bagi mempromosikan tudung labuhnya, hari ini.

Anggota kumpulan Elite itu pada masa sama turut mendedahkan mereka sekeluarga juga terkejut dengan perubahan sikap Marissa.

“Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang inilah (Aslam).

“Lillahitaala, anak itu daripada kecil dengan saya, anak saya tak macam yang sekarang. Saya rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu macam ‘berpusing 360’, bukan dia.

“Benda itu memang di luar jangkaan saya dan papa dia sebab kita dah (usaha) sehabis baik untuk jaga anak. Cuma saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu sekaligus mencetuskan tular di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH