Anugerah Juara Lagu je-34 (AJL34) yang bersiaran berlangsung malam tadi di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil sudah pun melabuhkan tirainya dengan Sumpah dari Naim Daniel dan Omar K diangkat sebagai pemenang utamanya.
Rata-rata berpuas hati dengan keputusan yang telah diumumkan meski ada beberapa ‘hal’ lainnya yang turut mencuri perhatian penonton.
Apa pun, tahniah diucapkan buat pemenang dan tidak dinafikan, setiap lagu bertanding mempunyai keistimewaan masing-masing.
Yang penting bukan sahaja para pemenang, tetapi persalinan gaya rakan selebriti yang turut melewati karpet merah di anugerah muzik tahunan itu turut meraih perhatian yang bukan biasa-biasa.
Ads
Agaknya pada padangan anda, artis mana yang paling meletup dan menang gaya?
Penyanyi Aina Abdul akan cuba memberikan persembahan terbaik di pentas final program hiburan, Vokal Mania yang berlangsung malam ini.
Bakal mempersembahkan sebuah lagu medley dan sebuah lagu battle bersama rookie, Aina melihat program ini sebagai salah satu platform pembelajaran terbaik untuk dirinya.
“Alhamdulillah, perjalanan saya bersama idol dan rookie lain bakal bernoktah malam ini. Sejujurnya, Vokal Mania banyak mengajar saya pelbagai ilmu baru.
“Saya melihat sendiri kesungguhan idol dan rookie lain serta komen dan kritikan yang juri berikan saya terima dengan positif dan menggunakan ia sebagai pemangkin untuk melakukan yang terbaik.
“Insya-Allah, saya akan memberikan 200 peratus pada malam akhir nanti. Saya harap peminat dapat menyokong saya menerusi undian,” katanya.
Tambah Aina lagi, dia amat berbangga kerana dapat menjadi salah seorang artis yang terlibat dalam rancangan hiburan tersebut.
“Biarpun saya masih baru dalam industri seni, saya melihat kesempatan untuk bergelar idol Vokal Mania ini adalah salah tuah yang terjadi di tahun 2020.
“Banyak dugaan yang saya tempuhi sepanjang Vokal Mania, antaranya ketika saya harus membuat persembahan dari rumah kerana kuarantin sedangkan idol dan rookie lain berada di studio.
“Menang atau kalah, saya serahkan kepada ketentuan Allah kerana apa yang penting, saya mahu memberikan yang terbaik sehingga penonton terhibur,” katanya lagi.
Selain bersaing dengan tiga idol lain iaitu Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo, Aina juga akan berentap dengan salah seorang daripada empat rookie iaitu Eranzz Lambert, Danial Chuer, Aisha Retno dan Alif Kadim di pusingan battle.
Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.
Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya hari ini, jam 9 malam ini di TV3!
Undi rookie dan idol kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.
Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski ringkas, namun posting berkenaan cukup mendalam dan turut dipersetujui para peminatnya menerusi ruangan komen.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
Selepas hampir sedekad, penyanyi Mila Jirin kini muncul dengan naskhah baharu, Sandera ciptaan sepenuhnya oleh Amylea Azizan.
Menurut Mila, peluang yang diberikan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sementelah dia sendiri sudah lama tidak merakamkan single baharu.
“Sebenarnya lebih lapan tahun saya tidak hadir dengan lagu baharu dan apabila ditawarkan semula, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kembali kepada industri muzik tanah air.
“Banyak perkara yang saya korbankan dalam tempoh berkenaan tapi rindu saya untuk aktif semula tidak pernah sesekali padam.
“Selama ini saya hanya menyanyi untuk majlis pelanggan di Bizmilla Wedding Centre sahaja. Saya berkorban minat yang satu ini semata-mata mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan bisnes,” katanya.
Mila mengakui, dia menuruti permintaan suaminya, Ahmad Ailis yang mahu dia berehat menyanyi sejurus dikurniakan cahaya mata, Arif Zikri tujuh tahun lalu.
“Bukan mudah sebenarnya mahu merakamkan Sandera ini memandangkan saya terpaksa memujuk suami untuk memberikan keizinan. Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan memberikan kebenaran bersyarat termasuklah tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan.
“Memang saya gembira sangat dan kembali merakamkan lagu dan berharap Sandera ini akan diterima baik oleh pendengar seterusnya mengembalikan nama Mila Jirin kepada industri,” tambahnya lagi.
Malah, lagu ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Khun:sa di Astro Ria.
“Pada asalnya saya hanya membuat rakaman semula lagu Dawai untuk media sosial sahaja. Tak sangka pula video berkenaan tular sehingga menarik minat Amylea.
“Dia hubungi saya dan memberikan tawaran sebuah naskhah baharu untuk Khun:sa. Bila mendengarkan sahaja tajuk itu, itu sudah memberikan seribu satu persepsi kepada saya.
“Apabila mendengarkan kisah di sebalik Sandera, saya tidak boleh menolak. Ini memang peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan dan yang saya tunggu selama ini, saya sangat gembira akhirnya berjumpa lagu yang sangat saya impikan dalam genre balada dan menonjolkan vocal saya,” katanya.
Juara Akademi Fantasia musim kelima ini juga ialah produser bagi lagu ini menerusi Bizmilla dan bersyukur dapat bekerjasama dengan Sony Music Malaysia.
Lebih istimewa, Mila turut merancang untuk melakukan persembahan A Night With Mila Jirin di dewan banquet Bizmilla bersama peminat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!