Perkongsian satu foto dari pelakon, Nor Albaniah di Instagram mencuri perhatian peminat.
Mengenakan baju kemeja hitam bercorak dengan sebahagian rambutnya bercukur licin, foto tersebut rupanya menyimpan memori lama yang berlaku kira-kira 24 tahun dulu.
“Muka sama dah…#balingbalik 1996, baru belajar nak angkat tangan…berjaya tu….baru sebelah.
“Sebelah lagi belum tau lagi…practise hari2 untuk terus keyakinan untuk hidup normal…abaikan kepala botak tu..nak buat mcm mana..dah doktor bedah kepala.
Ads
“Agaknya masa tu itu yg terbaik…Alhamdulillah…tq Allah,” tulis pemilik nama lengkap Nor Albaniah Raffie ini.
Sambil disusuli dengan dedikasi serta ucapan positif peminat, bintang drama Syurga Untukmu ini turut berkongsi cerita apabila ditanya mengenai tragedi yang turut meragut nyawa suaminya, Allahyarham Sudarman Daud.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun ini juga reda dengan ujian yang berlaku.
Terdahulu, Nor Albaniah dan arwah suami yang juga pelumba kereta mendirikan rumah tangga pada 1993 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Foto: Instagram Nor Albaniah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan satu-satunya anak perempuan, Qadejah El Zahra, Datin Seri Shahida memaklumkan, anak gadisnya itu ialah insan paling sibuk bertanya perihal keadaaan si ibu yang sarat hamil.
Malah isteri kepada Aliff Syukri ini menambah, dia adalah orang yang bertanggungjawab menbancuh susu dan mengambil air untuk beri si ibu makan ubat setiap malam.
“Anak dara saya…..bila pregnant qadejah orang yg paling sibuk akan tanya saya hari2 dah makan ubat dah minum susu,mama ok pening x nak picit x ?.
“Malam-malam dia akan bancuh susu utk saya,ambik kan air nak makan ubat…dia pun harap2 la selalu dapat girl katanya.
“Rupanya anak perempuan ni dia caring lain mcm kan…kalau anak lelaki dia sibuk nak bergusti je….sayang tu sayang juga tapi versi lelaki la.
“Mudahan ada rezeki dapat baby girl lepas ni. lepas tu mama dah boleh tutup kilang. boy dah ramai tapi kalau rezeki boy juga Alhamdulillah….rezeki juga tu,” luahnya.
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.
Berkongsi slip keputusan di laman Instagram, Hawa dilihat telah berjaya menamatkan semester akhirnya itu dengan himpunan purata nilai gred 3.78.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu nyata bersyukur kerana dirinya berpeluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa.
“Alhamdulillah. I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time,” tulisnya.
Sementara itu, Hawa juga dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini
“Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends. Till i see you again @uitm.official,” katanya lagi.
Entri tersebut nyata telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah malah ada juga yang menyifatkan Hawa sebagai sumber inspirasi buat mereka.
Sumber: Instagram Hawa Rizwana Redzuan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terbaru yang dimuatnaik Muhammad Riduan sebentar tadi, dia menjelaskan kemelut yang berlaku telah selesai selepas pelakon, Rozita Che Wan dikatakan sudah membayar tunggakan gaji selain isu melibatkan nombor pendaftaran kereta.
Menerusi laman Facebook bekas pemandu peribadi pelakon itu, Riduan menyatakan pelakon itu telah membayar RM2000 jumlah gaji dan saman berjumlah RM300.
Dia juga memohon agar netizen berhenti mengecam isteri kepada Zain Saidin sementelah kes telahpun selesai dengan baik.
“Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya untuk bulan februari dan saman no plat kenderaan che ta dah settlekan..Terima Kasih untuk segalanya tanpa anda semua tak mungkin saya mampu hadapi seorang diri.
“Ribuan terima kasih kepada Abg Helmy Nordin dan rakan2 yg lain yg saya tidak mentioned disini kerana terlalu ramai yg membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini..Disini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan.”
Menurut lelaki ini juga, walaupun pelakon Kiah Pekasam ini menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dia menolak atas alasan apa yang berlaku bukan berpunca darinya.
“Dia meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yg akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat dari abg Helmy Nordin untuk tidak membuat pengakuan maaf secara terbuka itu oleh kerana itu bukan salah saya.”
Jelas Riduan, apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran oleh pihak majikan agar tidak mengambil ringan isu sebegini.
“Untuk peringatan majikan mana2 sahaja diluar sana ambil lah apa yg terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai driver ni tiada maruah dan bukannya hamba abdi yg boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.
“Dan jangan pernah mencabar kuasa viral siapa yg lagi kuat kerana itu yg akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil, Siapa yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana pun perkara itu.
“Saya harap anda semua jangan mengecam Che ta lg di facebook dan akaun instagramnya kerana perkara ini sudah diselesaikan di antara dua belah pihak..Kepada yg memberi sumbangan Saya ucapkan Jutaan terima kasih di atas jasa dan simpati anda terhadap saya..Saya tak mampu untuk membalasnya tapi Allah yg akan membalas segala jasa baik anda semua terhadap saya dan alhamdulillah duit sumbangan anda itu saya gunakan untuk membayar apa yg patut saya bayar..Bagi saya anda semua la Saudara saya dunia dan akhirat..Semoga Allah memberkati anda semua dengan limpahan rezeki dan kerjayaan dunia akhirat..Aamiin ya rabal al’amin.”
Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya…