Perkongsian satu foto dari pelakon, Nor Albaniah di Instagram mencuri perhatian peminat.
Mengenakan baju kemeja hitam bercorak dengan sebahagian rambutnya bercukur licin, foto tersebut rupanya menyimpan memori lama yang berlaku kira-kira 24 tahun dulu.
“Muka sama dah…#balingbalik 1996, baru belajar nak angkat tangan…berjaya tu….baru sebelah.
“Sebelah lagi belum tau lagi…practise hari2 untuk terus keyakinan untuk hidup normal…abaikan kepala botak tu..nak buat mcm mana..dah doktor bedah kepala.
Ads
“Agaknya masa tu itu yg terbaik…Alhamdulillah…tq Allah,” tulis pemilik nama lengkap Nor Albaniah Raffie ini.
Sambil disusuli dengan dedikasi serta ucapan positif peminat, bintang drama Syurga Untukmu ini turut berkongsi cerita apabila ditanya mengenai tragedi yang turut meragut nyawa suaminya, Allahyarham Sudarman Daud.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun ini juga reda dengan ujian yang berlaku.
Terdahulu, Nor Albaniah dan arwah suami yang juga pelumba kereta mendirikan rumah tangga pada 1993 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Foto: Instagram Nor Albaniah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain penyanyi yang bertanding, barisan artis jemputan yang memeriahkan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) turut mendapat perhatian penonton.
Diundang menjayakan persembahan pembukaan, penyanyi Wany Hasrita kelihatan menawan dalam persalinan rekaan Seth & Luna ketika menyanyikan lagu 7 Nasihat pada majlis berprestij itu.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat penampilan Wany pada malam itu kelihatan seperti sedang berbadan dua, malah ada dalam kalangan penonton mendakwa ternampak ‘baby bump’ di perut penyanyi berusia 31 tahun itu walaupun dia memakai pakaian yang cukup longgar dan sopan.
“Cantik outfit Wany malam tadi,” komen sebahagian netizen.
Untuk info, Wany mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, pada 22 Julai tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 49, atau mesra disapa Che Ta berpendapat golongan wanita hari ini perlu tahu dan boleh menguruskan semua perkara demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, ibu kepada tiga cahaya mata ini ditanya apa yang ingin diperkatakan mengenai golongan wanita hari ini dan Che Ta menyifatkan wanita tidak boleh lemah selain perlu kuat bekerja.
“Kalau dahulu ada yang mengatakan wanita atau isteri perlu berada di belakang suami, tetapi sekarangkita mahu tukar persepsi itu. Kalau boleh wanita ini biar berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki.
“Saya rasa sekarang apa yang lelaki buat, wanita pun boleh buat. Tapi ada perkara yang wanita boleh buat, lelaki tidak boleh. Wanita ni saya kira ‘multitasking’ dan kita perlu menjadi begitu.
“Saya sendiri pun ada pengalaman. Dulu suami kerja dan kita tidak. Jadi bila kita sendiri pun sudah bekerja, saya kira suami ini akan lebih mendengar cakap isteri. Bila wanita atau isteri ada kerjaya, suami akan lebih hormat. Lebih ke arah bangga dengan diri kita sebenarnya.
“Saya mahu wanita di luar sana agar jangan terlalu mengharap pada suami. Kita kena ada jati diri, berdikari. Kita tak mahu kalau kehilangan suami, sedihnya lama dan tak tahu nak buat apa. Jangan terlalu sedih kalau suami diambil orang. Biarlah, cari lain.
“Bagi saya orang lelaki ni, sama ada perempuan lain ambil atau meninggal dunia. Betul tak? Jadi jangan sedih. Kena bangkit, perlu ada semangat. Wanita tak boleh lemah, perlu kuat dan rajin. Penat-penat macam mana pun, bila keluar rumah kena nampak ‘wow’. Itu pendapat sayalah,” katanya lagi.
Pelakon drama bersiri Kak Marr ditemui pada majlis Sambutan International Woman’s Day With Rozita Che Wan by Jols Luxe Fabrics, di DoubleThree by Hilton, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Che Ta turut berkongsi pengalaman melihat usaha keras ibunya yang bekerja membesarkan mereka tujuh beradik selepas kematian bapa.
“Ayah saya meninggal dunia ketika ibu berusia 35 tahun. Dia tidak pernah kerja seumur hidup dan tidak pernah mengharap orang lain. Tapi dia bekerja sana-sini besarkan kami tujuh beradik. Adik bongsu saya kecil lagi waktu itu, ibu baru lepas pantang.
“Setakat kita, macam saya sendiri yang baru perpisah (sebelum ini) dan mempunyai anak dua orang, tak kan tak boleh untuk bangkit seterusnya bina hidup baru. Kena tepuk dada, tanya selera. Apa yang kita mahukan di dalam hidup,” katanya.
Pada majlis itu, Che Ta turut diumumkan sebagai sebagai duta sempena kempen Hari Wanita Sedunia Jols for Rozita Che Wan.
Menerusi kerjaya sama itu, Jols Luxe Fabrics mengakui sikap rajin dan semangat sebagai usahawanita yang dimiliki Che Ta menjadi ciri utama dia dipilih sebagai wajah wakilan untuk projek berkenaan.
Pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia belum membawa dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, bertemu dengan ibu tiri mereka, Ira Kazar kerana dia mahu menjaga sensitiviti isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan keluarga.
Menurut Syamsul, dalam keadaan sekarang yang mana dia dan isteri-isteri masih bergelut dengan masalah rumah tangga, ia bukan waktu yang tepat dan bagus untuk berbuat demikian.
“Buat masa ini, anak-anak saya belum pernah lagi dibawa berjumpa dengan Ira. Dalam keadaan sekarang ini, saya sedar kena jaga sensitiviti juga.
“Saya harus betulkan apa yang berkecamuk dengan Sarah dulu.
“Macam tak manislahkan, saya nak buat begitu (bawa anak jumpa Ira) bila isteri pertama, Sarah masih begini. Setakat ini, belum lagilah,” katanya, lapor Harian Metro.
Syamsul menambah, dia juga tidak ada masalah untuk berterus-terang dengan anak-anaknya sudah berkahwin dua dan tiada apa yang perlu atau hendak dirahsiakan daripada pengetahuan anak.
“Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun. Saya juga tak galakkan untuk menipu anak. Cakap sajalah benda yang betul.
“Ayah memang dah ada isteri lagi seorang. Tapi, setakat ini apabila berjumpa dengan anak-anak, tidak pula mereka bertanya tentang perkara itu (dah berkahwin dua),” katanya mengaku tidak kisah jika Syaikul mengetahui mengenai dia berkahwin dua daripada ibu bapanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak kisah jika bapanya, Datuk Yusof Haslam sudah memberitahu anak-anaknya mengenai kisah sebenar dia sudah berkahwin dua itu.
Katanya, dia okey saja sebab itu perkara yang betul.
Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul bernikah lagi satu dengan Ira di Thailand dan didaftarkan di Malaysia pada 20 Januari lalu.
Sebelum itu, kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai sejak pertengahan tahun lalu apabila Puteri Sarah mendedahkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga perlu mengambil tindakan undang-undang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...