Kematian bintang utama drama bersiri popular Glee, Naya Rivera, pada 2020 cukup menyayat hati apabila dia lemas ketIka beriadah bersama anak tungGalnya, Josey Hollis Dorsey.

Sehingga kini tiada siapa tahu apa yang berlaku di atas bot kecil yang mereka naiki sehinggalah dalam satu wawancara eksklusif, bekas suami Naya, Ryan Dorsey, mendedahkan detik-detik terakhir Josey bersama ibunya.

“Josey beritahu saya, kata-kata terakhir ibunya adalah namanya sendiri sebelum dia tenggelam dan tidak kelihatan lagi,” luah Ryan.

Menurutnya lagi insiden itu meninggalkan kesan mendalam kepada Josey. Ryan turut berkongsi bagaimana anaknya kerap mengulang cerita tentang tali penyelamat yang tidak sempat digunakan kerana terdapat seekor labah-labah di atasnya.

“Saya selalu yakinkan dia bahawa tali itu pun tak cukup panjang untuk selamatkan mama,’” kata Ryan dengan nada sebak.

Ads
Insiden Kematian Pelakon Glee. Bekas Suami Buka Mulut Selepas 5 Tahun
Josey kini berusia 9 tahun.

Sejak kejadian itu, Ryan mengambil alih tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada Josey. Demi kehidupan yang lebih stabil, mereka berpindah dari Los Angeles ke West Virginia, jauh dari sorotan dunia hiburan.

“Bukan mudah untuk bangun setiap hari tanpa dia (Naya). Tapi saya cuba yang terbaik untuk Josey. Saya mahu dia membesar dengan bahagia, dan saya akan pastikan dia sentiasa tahu betapa ibunya menyayanginya,” ungkap pelakon berusia 41 tahun itu

BACA JUGA: “Kami Percaya Itu Mayat Rivera,” – Hampir Seminggu Hilang, Akhirnya Mayat Pelakon Glee, Naya Rivera Ditemui

Ads

Walaupun kehidupan sebagai bapa tunggal penuh cabaran, Ryan melihat Josey sebagai cahaya dalam hidupnya. Kini, dia terus berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sambil meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Walaupun perkahwinan Ryan dan Naya berakhir dengan perceraian pada tahun 2018, hubungan mereka kekal baik demi kebahagiaan Josey. Ryan memastikan anaknya membesar dengan penuh kasih sayang dan terus mengingati ibunya.

Ads

“Setiap hari, saya pastikan dia tahu ibunya ada dalam hati kami, selamanya,” katanya lagi.

Imbas kembali, Naya Rivera lemas di Lake Piru yang terletak di Los Angeles. Pada saat kejadian itu, Josey baru sahaja berusia lima tahun. Mayat Naya ditemui lima hari selepas pencarian dilakukan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: People

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI