Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.

Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.

Selamat Tinggal Dunia Seni

“Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni! “Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni!

Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.

Ads

“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar pelakon Strawberi Cinta itu.

Kematian Semakin Hampir, Punca Diana Nekad Abaikan Kemewahan Dunia!

“Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni! “Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni!

Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.

“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

Ads

“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” tegasnya.

Istiqamah Jadi Lebih Mudah, Jika Fahami Konsep ‘Hikmah’

“Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni! “Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni! “Kematian Semakin Hampir!” – Punca Bintang ‘Aku Masih Dara’, Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Seni!

Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.

Ads

“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.

“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.

“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.

Sumber: Instagram Diana Amir

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI