Kini hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu pelakon dan penerbit Datuk A.Aida yang memberi kenyataan soal rupa paras lebih penting dari bakat, baru-baru ini.
Apa pun jom kita lihat fakta menarik mengenai Datuk A.Aida.
Pelakon Datuk A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilahirkan pada 20 April 1970. Kerjayanya dalam dunia penerbitan drama apabila dia menubuhkan sebuah syarikat produksi drama dan telefilem, A.Aida Production Sdn.Bhd.
Syarikat produksi tersebut ditubuhkan pada 10 April 2003 dan sinonim dengan barisan drama yang hit seperti Halimah Jongang, Fatimah Juling, Andainya Takdir, Dia Menantu Rahsia dan banyak lagi.
Sedikit mengenai sisi kehidupan peribadi A.Aida mendirikan rumahtangga bersama bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng pada tahun 1993. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun 2001 dan merujuk kembali perkahwinan mereka.
Malangnya, jodoh mereka tidak kekal lama mereka telah disahkan bercerai sekali lagi dua tahun selepas itu.
Pengarah A.Aida tetap meneruskan kehidupan dengan berkahwin bersama seorang pegawai polis bernama Suffian Sulaiman pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rahul berumur 10 tahun. Bagaimanapun, mereka berpisah pada 2013.
Tidak pernah trauma untuk mendirikan rumahtangga, A.Aida telah berkahwin bersama seorang pelakon yang muda 18 tahun dari umurnya bernama Ariff Aziz.
Pelakon Ariff Aziz atau nama sebenar Wan Izma Ariff Bin Abd Aziz telah melafaz akad nikah pada 21 Julai 2018.
Disamping itu, A.Aida telah memaklumkan kepada peminatnya bahawa mulai berhijab sepenuhnya selepas mendirikan rumahtangga bersama Ariff Aziz.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 25 April lalu, selepas lebih 10 bergelar suami isteri.
Satu sidang media dibuat penerbit berkenaan bagi memperjelaskan mengenai spekulasi yang berlaku terhadap statusnya apabila keduanya tidak lagi memuat naik foto bersama.
Foto/Sumber : Carian Google/Instagram A.Aida