Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali berkerja seterusnya menjalani baki penggambaran drama, Cukup Derita Itu.
Jadual penggambaran drama rantaian berkenaan sebelum ini telah tertangguh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Jasmin yang memegang watak Mak Ngah Gayah menerusi drama tersebut memberitahu, ada pelbagai konflik dalam jalan cerita yang akan dipersembahkan kepada para penonton tidak lama lagi.
Ads
“Selepas beberapa bulan kami di cutikan sebab PKP. Akhirnya dengan izin Allah, kami disatukan kembali dalam satu frame untuk habiskan kerja yang tertangguh.
“Uols janji ok. Jangan pecahkan TV dan istighfar banyak-banyak bila kami kembali di kaca TV rumah uols tak lama lagi.
Ads
“Macam-macam onar akan timbul lagi lepas ni..Kita kasi api @ladydidiemsia @lia_natalia @dianpramlee.
“COMING SOON. The making of Drama #cukupderitaitu Karya Puan @sitirosmizahsemail Hebat Bukan?,” tulisnya.
Drama Cukup Derita Itu arahan Along Kamaludin itu dibintangi barisan pelakon seperti Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Lia Natalia dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama ini turut mendapat perhatian serta pujian daripada penonton setia drama tempatan.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit penyelaras filem ‘Mahathir: The Journey’, Yusof Kelana tidak melihat situasi politik semasa yang berlaku ketika ini menjejaskan perjalanan filem terbabit secara keseluruhan.
Sebaliknya menurut Yusof yang mewakili Reliance Media Group selaku produksi yang menerbitkan ‘Mahathir: The Journey’, naskhah terbabit sebenarnya lebih memberi fokus kepada perjalanan karier Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 2003 hingga 2018.
“Latar masa karya itu bermula daripada peletakan jawatan Tun M sebagai Perdana Menteri keempat pada 2003 sehingga beliau dilantik semula menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2018.
“Apa yang terjadi tidak menjejaskan perjalanan filem ini. Sejarah tetap sejarah. Perkara yang berlaku tak boleh dipadamkan dan kita juga tak dapat menjangka serta meramalkan apa yang akan terjadi di masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, filem arahan Profesor Dr Mohamad Hatta Azad Khan dan Cheong Kai Wan itu dijangka siap sepenuhnya Mei depan.
“Buat masa ini, ia tidak menyentuh senario politik yang dicetuskan oleh “langkah Sheraton” pada 23 Februari lalu yang berlarutan selama seminggu dan membawa kepada pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.
“Justeru, tak banyak perubahan perlu dilakukan cuma, untuk babak akhir masih dalam perbincangan, perlu tengok senario apa pula berlaku selepas ini.
“Manakala penggambaran ke Jepun untuk babak di Hiroshima, Jepun dibatalkan ekoran situasi global semasa, iaitu penularan wabak COVID-19,” jelas Yusuf yang turut menambah, filem itu kini sedang memasuki proses suntingan.
“Boleh dikatakan semuanya mengikut perancangan kecuali penggambaran di Jepun.
“Kini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan Tun M untuk babak akhir nanti,” akuinya lagi.
‘Mahathir: The Journey’ dijangka akan menjengah pawagam pada Julai ini sempena ulang tahun kelahiran Tun M.
Filem berskala besar ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Azhar Amir yang mendukung peranan sebagai Tun M, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Afique Hussain (Mukhriz Mahathir) dan Ning Baizura (Marina Mahathir).
Bintang lain yang turut bersama-sama membintangi filem ini termasuk Hilal Azman (Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq) dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang cantik, Amelia Henderson sinonim sebagai antara bintang yang cukup bergaya dan yakin dalam mengenakan persalinan memukau, meski ada di antaranya mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Baru-baru ini misalnya, penampilan hos program Dewi Remaja 2019 ini kembali menjadi buah mulut kerana didakwa mengenakan persalinan seksi yang seakan-akan terdedah di bahagian dadanya.
Berkongsi foto di Instagram menerusi kemas kininya yang terbaru itu, entri berkenaan mendapat banyak respon.
Bagaimanapun jangan salah faham sebab sekiranya diamati, ruang di bahagian dadanya itu mempunyai lapisan dalam rona ‘nude’, sekali gus ia menampakkan ilusi seperti kulit sebenar.
Malah, ada netizen yang perasan lalu memberikan pandangan mereka. Pada masa sama, ada juga yang menasihatkan agar Amelia mengenakan ‘inner’ rona yang gelap untuk lebih selamat seterusnya bagi elakkan salah faham.
Foto: Instagram Amelia Henderson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Zul, dia senang melihat ibunya gembira bila setiap kali dia muncul di kaca televisyen atau memenangi anugerah.
“Saya berkecimpung dalam dunia seni ini hanya untuk buat mak bangga dengan saya. Dia boleh tengok saya di kaca tv dan tonton filem saya di panggung wayang.
“Sepanjang kerjaya saya, saya hanya mahu pastikan dia tersenyum tengok saya. Bila saya keluar tv atau menang anugerah, dia pasti akan telefon saya. Setiap pagi juga begitu. Saya akan bergelak ketawa dengan dia,” katanya.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, perasaan teruja untuk bergelar anak seni seakan hilang selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2017.
“Saya rasa tiada guna berlakon lagi. Siapa nak tengok? Ketika itu adalah kemuncak kerjaya saya. Tahun 2017, siapa sahaja yang tak kenal saya?
“Saya bertanya kepada diri, nak berlakon lagi ke? Mak aku bukan ada pun nak tengok. Nak berlakon filem lagi ke? Mak aku bukan ada lagi nak ikut road tour dan tiada lagi di kerusi pawagam.
“Kalau menang anugerah, siapa yang saya nak telefon di belakang pentas. Saya rasa seperti tiada guna,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem J-Revolusi itu menerusi satu sesi temubual bersama stesen radio, Sinar FM.
Namun, Zul memaklumkan perasaan ‘kosong’ tersebut berubah selepas dia menyedari ramai golongan berusia seperti ibunya yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Kemudian saya tersedar, bila saya lihat orang-orang di luar, ada ibu-ibu orang lain yang bangga dengan saya. Bukan sekadar peminat tapi saya juga terima penghargaan daripada golong-golongan berusia yang lain.
“Jadi, saya teruskan tanggungjawab kerjaya saya hanya untuk pastikan mereka ini gembira. Kita pun bukan hidup lama. Dapat gembirakan orang lain pun dah cukup baik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zul akui terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membawa ibunya menunaikan umrah.
“Bila melibatkan keputusan-keputusan lain, perasaan saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya fikir kalau terlalu merancang pun buat apa?
“Tahun 2017, saya rancang untuk bawa mak tunai umrah. Namun, 2017 juga mak meninggal. Kemudian saya terfikir nak pergi umrah dengan siapa dan untuk apa? Kalau aku kahwin, siapa nak datang?
“Nak berjaya sangat dalam kerjaya, mak tak akan tersenyum lagi. Nak ke mana-mana pun, mak tiada lagi. Itu kesan yang saya rasai. Saya rasa kosong.
“Seiring perjalanan waktu, saya tersedar bagaimana sayang kita pada mak kita dan sayang mak kita kepada kita, sayang lagi Allah dengan kita.
“Saya rasa tenang bila sampai ke tanah suci dan disebabkan saya tak dapat bawa ibu ke sana, saya berhajat untuk membawa sesiapa sahaja yang punyai keinginan untuk ke sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...