Program, Pentas Marhaban terbitan TV AlHijrah menyaksikan kejutan apabila pihak penerbit memutuskan untuk menambah dua lagi slot seterusnya menjadikan empat kumpulan yang bakal beraksi di pentas akhir.
Kumpulan Qalbun Hadi yang kembali diserap masuk mencipta sensasi untuk meraih markah tertinggi sekali gus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang berjaya mara ke peringkat akhir.
Tiga lagi kumpulan yang bakal menjanjikan saingan sengit adalah Al-Maqari’, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq.
Kesemua kumpulan ini telah berjaya mengenepikan empat kumpulan lain diperingkat separuh akhir menerusi tugasan marhaban asli.
Menurut juri tetap, Ustazah Asni Mansor, penjurian pada minggu separuh akhir ini lebih mudah kerana setiap persembahan dinilai melalui keaslian marhaban.
“Saya rasa kali ini lebih mudah untuk diadili. Persembahan pada minggu ini tiada qasidah dan markah dari segi kreativiti juga kurang.
Ads
“Permarkahan lebih ‘straight foward’ terhadap penjurian keaslian marhaban dan rawi. Persembahan daripada kumpulan Qalbun Hadi menepati kehendak juri,” katanya.
Ustazah Asni berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai program Pentas Marhaban di Studio TV AlHijrah pada Sabtu
Ditanya mengenai format pusingan akhir, Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed memaklumkan pihak produksi kini masih memikirkan tugasan yang lebih bersesuaian disebabkan penambahan kumpulan.
“Asalnya kita ada pusingan battle tetapi memandangkan kita ada satu sahaja kumpulan wanita, pihak produksi akan memikirkan tugasan yang lebih sesuai.
“Mungkin setiap kumpulan harus mempersembahkan dua tugasan.
Ads
Katanya lagi, nilai hadiah juga bakal ditambah bagi dua kategori saguhati.
“Hadiah untuk juara ialah RM50,000 manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.
“Pemenang saguhati bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000 bagi setiap kumpulan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ustazah Azni juga menambah, juara bakal dipilih berasarkan kemampuan mereka menyampaikan persembahan yang paling menyentuh hati.
Ads
“Jika anda tanya apa yang para juri cari di pusingan akhir nanti, jawapannya hanyalah ketenangan.
“Penyampaian mereka bersangkutan dengan kisah Rasulullah, maka kita cari persembahan yang mampu menyentuh hati.
“Pesan saya kepada peserta, berlatihlah dengan bijak. Jangan terlalu kuat berlatih hingga hilang suara dan penyampaian tidak terkawal,” katanya lagi.
Terdahulu, Kemuncak Pentas Marhaban bakal disiarkan secara langsung di TV AlHijrah, Sabtu ini jam 9 malam.
Program ini turut dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
Selain Ustazah Azni, program ini turut diadili oleh seorang lagi juri tetap iaitu Ustaz Zulhafiz Gambus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Ahya Rosli mengakui bahawa dia sudah lama tidak ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Baginya, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum ini.
Sekali gus membuatkan pelakon berusia 32 tahun itu sering kali gagal untuk luang masa berkunjung ke gimnasium.
“Selepas setahun tak pergi gym sebab preparation kahwin,honeymoon lepas tu kena balik kl sebab nak ramadhan. Ni tengah mood raya lagi, hari ni first day start gym year 2019.
“Bulan July dah banyak #fashionshow booked. Lama juga Ahya cuti hehe. Have a gryday everyone!,” tulis anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri ini lagi.
Bapa kepada penyanyi dan pelakon Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 2 pagi Isnin.
Azza berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya beserta kapsyen, “Kullu nafsin dzaikatul maut… innalillahiwainnailahirojiun buat abah saya Allahyarham Zawari Abdul Aziz . Berbahagialah bertemu Allah, Abah. Noor sayang abah.”
“Abah macam tidur je, penat ya. Bersih wajah abah, abah rehat tau. Abah dalam jagaan Allah sentiasa.
“Di dunia dan akhirat, Allah ada untuk abah. Tutup rapat betul mata abah.
“Noor (Azza) hilang satu doa yang berkat dalam dunia… abah tolong doa dari syurga okay untuk Noor,” tulis Azza.
Rakan artis turut menyampaikan salam takziah buat Azza dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
“Salam takziah bebiku. Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan di syurga firdaus,” titip Emelda Rosemila.
“Innalillahiwainnailaihirojiun . Salam Takziah buat kakak sekeluarga. Al Fatihah,” tulis Eira Syazira.
Nama kumpulan Kangen Band dan Bagindas tidak perlu diperkenalkan lagi dan dua kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Mempunyai kelompok peminat tersendiri di negara ini, Kangen Band dan Bagindas berjaya mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur tahun lalu, menyaksikan sambutan yang cukup hebat.
Bertitik tolak dari situ, Kangen Band dan Bagindas kembali disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur, Backdoor Entertainment Rosdi Azwan berkata, konsert ini menjanjikan satu kelainan bagi penonton di Malaysia.
“Kemeriahan konsert terdahulu mencipta satu fenomena asia yang memukau dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik dan pemilik media sosial. Apatah lagi konsert itu sudah lama dinanti-nantikan dan dianggap sebagai acara yang di nantikan setiap peminat setia.
“Kali ini, kami bawakan mereka semula di atas satu panggung yang sama. Di dalam gelombang galau dan melodi remix yang memukau, konsert ini pastinya menjanjikan satu pengalaman mengasyikkan dan penuh semangat bagi peminat kedua-dua band ini,” katanya.
Tambahnya lagi, apa yang lebih menarik adalah dengan satu harga tiket peminat dapat menyaksikan dua band ini beraksi di atas satu pentas.
“Satu fakta penting bagi konsert ini buat peminat di Malaysia, Kangen Band akan menyanyikan 18 lagu dan Bagindas X Dj Rycko akan menyanyikan 12 lagu berkonsepkan muzik remix.
“Ia seperti membawakan dua elemen muzik yang berbeza kali ini. Pastinya, persembahan ini bakal mengukir satu lagi konsert fenomena asia di Malaysia,” katanya.
Selain persembahan dari Kangen Band, Bagindas juga turut menampilan DJ Rycko Ria selaku pencipta muzik Remix bagi kesemua lagu Bagindas.
Harga tiket tempahan awal atau ‘early bird’ bagi menyaksikan Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur Kangen Band dan Bagindas X Dj Rycko Ria adalah RM170 (Free Standing), RM220 (Seating), RM280 (Premium Seating) dan RM3,500 termasuk peluang beramah mesra (VIP Box).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!