Kembali Hujan Di Sekitar Lembah Klang, Didie Alias Luah Rasa Bimbang – “Mata Tak Boleh Nak Lelap, Hujan Tak Berhenti…”

Share

Artis versatil, Didie Alias meluahkan rasa bimbang apabila cuaca di beberapa kawasan kembali hujan sejak awal pagi tadi.

Malah, orang ramai juga turut mula berasa risau dengan situasi ini ekoran banjir sedang masih berlaku di beberapa lokasi di Selangor dan Pahang khususnya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu berharap semua yang terlibat dengan bencana banjir selamat dan dilindungi.

“MATA TAK BOLEH NAK LELAP..HUJAN LEBAT TAK BERHENTI2. DENTUMAN SELANG SELl.

“MCMANE KEADAAN SAHABAT-SAHABAT KITE. TEMPAT KORANG OK KE?,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama.

“Mudah Mudahan Banjir Di Selangor & Tempat Lain Segera Pulih Dan Kembali Seperti Sedia Kala,” tulis seorang wargamaya.

“Puchong air dah mula naik semula,” kongsi seorang netizen.

“semoga dipermudahkan segala urusan insyaAllah Allah mendengar doa hamba hamba nyaa aamiin ya mujib,” titip netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Didie Alias

Published by
Nazar Rafiqhi