Sebut sahaja Dewi Remaja pasti kita akan teringat kepada alumni-alumni pertandingan ini yang berjaya menempa nama cemerlang dalam industri seni hiburan tanah air. Personaliti popular seperti Scha Alyahya, Neelofa, Annahita Bakavoli, Raysha Rizrose, Aleeza Kassim dan Juliana Banos memulakan langkah mereka apabila masing-masing bergelar juara Dewi Remaja.
Namun bukan hanya juara sahaja yang berjaya menempatkan diri mereka dalam dunia seni dan hebat dalam apa yang mereka lakukan. Nama seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Anna Jobling, Ramona Zam Zam, Rita Rudaini, Azah Aziz, Fify Azmi, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi antara bukan juara yang berjaya mencipta dan berada dalam kelas tersendiri.
Juara bagi edisi paling baharu iaitu Dewi Remaja 2019, Shaza Bae kini semakin mencipta nama. Bergelar hos, pelakon dan model, dia kini rancak menerajui beberapa siri drama sebagai pelakon utama lantas melonjak namanya lebih tinggi.
Setelah tiga tahun berlalu, pertandingan Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12 untuk tahun 2022. Jom kita intai 10 trivia menarik mengenai pertandingan ini.
Malam finale Dewi Remaja 1985/86.
DEWI REMAJA BERUSIA 37 TAHUN
Tahun ini menyaksikan sudah 37 tahun pertandingan ini diadakan. Edisi pertama yang bermula pada tahun 1985 menyaksikan Tengku Anis Tengku Ismail berjaya menyandang gelaran juara. Ketika itu dia memenangi sebuah kereta Proton Saga dan juga tiket penerbangan ke London sebagai sebahagian pakej hadiahnya.
Scha Alyahya di malam difinale Dewi Remaja 2009/2010 yang menyaksikan Neelofa diangkat sebagai juara.
PERTALIAN DARAH
Untuk pengetahuan anda, juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya merupakan anak saudara kepada penyanyi, Sheril Aida yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja edisi pertama. Selain mereka, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, Tunku Affie Rania merupakan anak kepada model popular, Toh Puan Mimi Wahedah yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 1987/1988.
Jasmeen kaur Dhillion diapit finalis-finalis lain pada malam kemenangannya.
PEMENANG BUKAN MELAYU
Dewi Remaja bukanlah khas untuk gadis Melayu sahaja, sebaliknya ia dibuka untuk semua kaum di Malaysia. Jasmin Kaur Dhillon, pemenang Dewi Remaja edisi ketiga merupakan wanita keturunan Punjabi. Selain Jasmin, antara finalis bukan Melayu lain yang popular ialah Irene Santiago, Pushpa Narayan dan Looi Mei Lin.
TARIK DIRI
Beberapa personaliti popular tanah air pernah tersenarai sebagai finalis namun mereka menarik diri atas sebab peribadi dan tidak muncul di pentas finale untuk merebut gelaran juara. Antaranya seperti Puan Sri Tiara Jaquelina, Rozita Che Wan dan Intan Ladyana.
Juliana Banos, Dew Remaja 1999 bersama pemenang Dewi Favourite bagi tahun itu.
PENYANYI POPULAR
Juara Dewi Remaja 1998/1999, Juliana Banos bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon bahkan dia juga popular sebagai penyanyi. Lagu-lagunya seperti Mana Satu, Cinta Gila dan Sehidup Semati masih lagi segar untuk didengar sehingga kini. Personaliti ini walau bagaimanapun sudah tidak aktif dalam dunia seni dan menumpukan perhatiannya kepada keluarga.
FINALIS BERDARAH DIRAJA
Finalis Dewi Remaja iaitu Kuza, Zarina Jamalullail dan Tunku Affie Rania memiliki pertalian dengan keluarga Diraja Malaysia. Kuza atau nama sebenarnya YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani merupakan finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Kelantan.
Tunku Affie Rania bersama ibu dan ayahnya. Ibunya Toh Puan Mimi Wahedah merupakan alumni Dewi Remaja edisi kedua.
Finalis Dewi Remaja 2009/2010, Zarina Jamalullail atau nama sebenarnya YM Sharifah Zarinatasha binti Dato’ Sri Syed Azni Jamalullail merupakan kerabat Diraja Perlis sebelah bapanya. Akhir sekali, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, YM Tunku Affie Rania binti Tunku Fauzi pula memiliki darah Diraja di sebelah bapanya yang berasal dari Kedah Darul Aman.
Dewi Remaja Edisi 2015 merupakan edisi pertama gadis berhijab menjadi sebahagian daripada finalis. Bermula dari edisi ini, gadis-gadis berhijab dialu-alukan untuk bersaing bersama gadis lain yang tidak berhijab. Finalis berhijab pertama yang berjaya tembus sebagai Top 5 sekaligus beraksi di pentas finale ialah Syamira Nazir. Dia yang berjaya memenangi tempat keempat bagi edisi Dewi Remaja 2019 kini bergelar pengacara di saluran televisyen ntv7.
KEMENANGAN DITARIK BALIK
Edisi Dewi Remaja 2018 menjadi salah satu edisi yang penuh kontroversi apabila mahkota yang menjadi milik Haneesya Hanee ditarik balik lantaran video viral di sebuah kelab malam yang tersebar di media sosial sejurus kemenangannya. Dia kini tetap aktif dalam dunia seni dan peragaan, bahkan pernah memenangi anugerah artis baharu wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.
GELARAN DEWI INSPIRASI
Gelaran Dewi Inspirasi mula diberikan pada edisi Dewi Remaja 2018 menyaksikan Aween Ismail menggondol gelaran ini. Kemudiannya bagi edisi Dewi Remaja 2019, Nina Amin berjaya memenangi anugerah ini. Untuk pengetahuan anda mereka bukanlah finalis top 5 namun pemilihan mereka sebagai pemegang gelaran ini diberikan atas nilai positif yang diserlahkan ketika menjalani pertandingan.
Nina Amin kini antara peragawati tempatan yang in demand.Raysha Rizrose, Dewi Remaja 2014/2015 menyarungkan sash kepada Aween Ismail.
Kini Aween mula begiat dalam dunia lakonan. Membintangi filem Mael Totey the Movie, dia memegang watak utama sebagai Yaya. Nina pula aktif sebagai peragawati di bawah agensi ternama TheModelsLab KL dan kerap membintangi kempen fesyen jenama-jenama terkenal tanah air.
Kini Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-12 bagi mencari personaliti seterusnya yang akan memegang gelaran Dewi Remaja 2022. Untuk pertandingan kali ini, pihak penganjur, Team Remaja dan Astro akan bersama menuju ke empat lokasi di seluruh bahagian tanah air bagi mencari calon paling layak mengisi barisan finalis. Empat lokasi roadtour uji bakat ini bertempat di Johor Bahru, Kota Kinabalu, George Town dan Shah Alam.
Sudah pasti setiap individu mempunyai impian untuk memilik rumah idaman.
Akan tetapi hakikatnya, untuk memiliki rumah idaman bukanlah satu perkara mudah.
Bagaimanapun, Mawar Rashid ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya, berkongsi tips berguna dalam memiliki rumah pertama.
“Hi there, Mawar nak share story tentang macam mana cara Mawar untuk nk apply loan nk beli rumah pertama Mawar dan tak perlu risau kalau application loan Mawar kene reject kat bank.
“Sebab bila dah Pre-Approved, Mawar boleh pastikan loan rumah Mawar bakal 99.9% lulus. Korang semua kena try jugak,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Pelakon dan hos, Janna Nick memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang memulakan provoksi apabila kembali berkongsi semula video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2018.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pada masa sama turut tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tergores hati dengan kapsyen ‘Lisa Blackpig’ yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi produksi miliknya, baru-baru ini.
Perkara tersebut buat pelakon berusia 26 tahun itu menerusi sidang media khas yang dilangsungkan secara virtual hari ini.
“Apa yang boleh saya katakan mengenai isu video tular tersebut, kita telah ambil tindakan yang serius, masih dalam siasatan.
“Dan memang saya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan memulakan fitnah terhadap saya.
“Untuk isu Lisa Blackpig, saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen, mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati akan kapsyen tersebut,” katanya lagi.
Hadir sama pada sidang media itu ialah peguam yang mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates yang antara lain turut memberi penjelasan terhadap isu tular serta fitnah yang dilempatkan, selain tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon terbabit.
Ben berkata, laporan polis sudah dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu yang masih lagi dalam siasatan lanjut.
“Anak guam saya akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menularkan semula video mendakwa dia mempersenda kematian seorang bintang K-Pop pada 2017 lalu.
“Sebelum ini, Janna juga sudah memberi penjelasan dan memohon maaf mengenainya, namun ditularkan semula di media sosial sehingga anak guam saya menerima pelbagai kecaman.
“Menerusi insiden berlaku ini, Janna menerima beberapa ugutan jenayah, ugutan bunuh, fitnah dan dakwaan palsu yang memerlukan tindakan serius diambil untuk keselamatan,” tegasnya.
Bagaimanapun, Janna dan pihak peguam tidak mahu mengulas lanjut kerana kes terbabit masih dalam proses siasatan.
Isnin lalu, Janna dalam kenyataannya menjelaskan sudah membuat laporan polis dan SKMM serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan terhadapnya.
Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa BLACKPINK sebagai Lisa BLACKPIG.
“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPIG adalah terpesong sama sekali.
“Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea Selatan dari segi industri hiburan, budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan pelancongan, tohmahan terhadap saya adalah sangat tidak berasas,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.
Selain itu, Janna menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2017 sebagaimana yang didakwa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Izreen Azminda berkongsi dia kini berdepan situasi sukar untuk tidur di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika sedang meniti hari untuk bersalin anak ketiga tidak lama lagi.
Pekara tersebut dimaklumkan menerusi salah satu hantaran di Instagram selain turut mendedahkan, beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).
“Dah hujung2 ni (fasa kehamilan) mmg semua mommies ada masalah tdoq ka.. kami susah sungguh nk tdoq lately ni.. kalau tdoq pun tdoq2 ayam ja.
“Pusing sana tak kena sini tak kena..mkn pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ada di antara pengikutnya yang turut sama berkongsikan pengalaman.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Terdahulu Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!