Setelah tidak lagi bergelar penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni kini mengorak langkah baru dengan menjadi pengacara untuk program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3.
Haziq memaklumkan hal tersebut menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“New journey. 1 daripada 4. This is 1/4. My new family @mhi_tv3. MHI di MHI.
“Muhammad Haziq Irfan di Malaysia Hari Ini. Mmg lahir2 dah tahu buat MHI ek #mhitv3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada pengacara berusia 31 tahun itu.
Pada masa sama, peminat berharap semoga Haziq terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
“Wah tahniah,” tulis seorang netizen.
“Tahniah abg haziq, tak sabar nak tengok,” titip peminat.
“Wah congrats ziq, Semoga terus sukses,” tulis lagi netizen yang lain.
Sekadar informasi, Haziq telah tamat berkhidmat secara rasmi sebagai penyampai radio Hot FM, pada 10 Jun lalu selepas hampir 9 tahun bersama stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Haziq Hussni