“Kembang Is My Middle Name,”- Berat Naik Hingga 9 Kilogram Sejak Hamil, Ika Nabella Okay Saja Asalkan Bayi Sihat

Share

Pelakon Ika Nabella ada berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang hamil anak pertama.

Kongsi Ika menerusi Instagram, berat badannya kini kian bertambah dan sejujurnya dia senang dengan situasi terkininya itu, asalkan anak yang dikandung sihat.

“57kg (gained 9kgs) & growing healthier. 
Kembang is my middle name & I’m proud of it. Lol! 

“Asalkan baby sihat Mommy happy. Doakan kami pleaseee,” tulisnya. 

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.

Terdahulu, Ika dan suaminya, Muhammad Zaid mengumumkan berita gembira mengenai kahamilan menjelang Ramadan pertama.

Untuk rekod, Ika dan Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016.

Ika sebelum ini turut pernah mengalami keguguran.

Foto : Instagram Ika Nabella

Published by
Amynur Akmal