Uncategorized

Kempen Turunkan Berat Badan Sekeluarga, Bapa Nampak 10 Tahun Lebih Muda!

Share

Kehilangan berat badan adalah sesuatu yang sangat mencabar buat seseorang, bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal tetapi ia juga mempengaruhi kekuatan minda seseorang.

Tidak mahu rasa tertekan dan ingin mencari langkah yang mudah menghilangkan berat badan, salah seorang jurugambar di China berusia 32 tahun, Jesse telah mengajak seluruh keluarganya menurunkan berat badan bersama-sama.

Cerita mereka bermula apabila ibu Jesse membuat keputusan untuk tinggal bersama mereka kerana ingin membantu isterinya dalam tempoh berpantang.

Kemudian, Jesse telah menjemput ayahnya sekali untuk turut serta tinggal di rumah mereka untuk merapatkan lagi hubungan keluarga sesama mereka.

Oleh kerana ayahnya mempunyai masalah perut boroi akibat pengambilan alkohol berlebihan, Jesse mengajak ayahnya untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dan mula melakukan senaman.

Pada mulanya mereka hanya mengamalkan aktiviti berjalan kaki sehingga bertukar menjadi jonging. Selepas itu mereka bersama menambah beberapa step senaman sehinggalah pergi ke gym.

Dalam masa 10 hari mereka dapat melihat perubahan yang ketara pada diri masing-masing. Mereka mengamalkan kempen turunkan berat badan bermula Mac sehingga September dan memberitahu akan tetap mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.

Hasilnya, Jesse memberitahu ayahnya semakin hari semakin berani dan yakin pada diri sendiri.

Okay tak nak cakap banyak, korang lihat sendiri perubahan mereka.

 

SUMBER: Bored Panda.com

KREDIT GAMBAR : XY Jesse

Published by
Lany Azman