Sepotong video yang dimuat naik pelakon, Raja Atiq yang memperlihatkan dirinya sedang terbaring di atas jalan nyata mengejutkan ramai pihak.
Ketika pada awalnya ramai yang menyangka insiden berkenaan merupakan salah satu babak di dalam drama, ternyata tekaan mereka meleset kerana Atiq sememangnya terlibat di dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menuju ke Bukit Fraser awal pagi tadi.
Memetik laporan Kosmo Online, Atiq dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian bahu kirinya selepas terjatuh daripada motosikalnya sewaktu melalui kawasan selekoh berpasir.
Ketika kemalangan, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, bersama rakan artis penyanyi Tajul dan pelakon Afieq Shazwan berkonvoi motosikal berkuasa tinggi.
“Saya sudah perlahankan motosikal kerana selekoh tajam, bagaimanapun jalan tersebut berpasir menyebabkan saya hilang kawalan dan terjatuh.
“Setakat ini saya belum melakukan ujian imbasan sinar-X (X-Ray) dan doktor memberitahu kemungkinan tulang bahu saya patah atau terkeluar dari soket.
Ads
“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut barulah saya dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera. Buat masa ini memang bahagian belah kiri badan rasa sakit sangat,” katanya seperti yang dipetik.
Pelakon drama Nur ini difahamkan telah menerima rawatan awal di Hospital Kuala Kubu Baru dan kini sedang dalam perjalanan untuk dipindahkan ke KPJ Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.
Katanya lagi, ini merupakan kemalangan kali kedua selepas yang pertama berlaku pada tahun lepas.
“Ini kali kedua saya alami kemalangan dengan motosikal berkuasa tinggi, kalau motosikal biasa memang sudah banyak kali tidak terkira.
Ads
“Doakan supaya tiada kecederaan serius untuk saya. Terima kasih buat semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut berharap agar Atiq tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Allahuakbar Atiq. Semoga tiada yang serious. Speedy recovery.
“Jatuh lagi? Allahu. Semoga cepat sembuh.
Ads
“Hati-hati adik. Semoga dipermudahkan.
“Allah sayang Atiq. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Get well soon.
“Berhati-hati di jalan raya. Semoga dilindungi Allah dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sehingga kini video berkenaan telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Raja Atiq & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan sapaan Bonda Rozita berkongsi perkembangan terkini ibunya, yang sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah.
Rozita pada masa turut memaklumkan mengenai status kesihatan si ibu yang telah sedar selepas lima hari koma dan kini sudah pun dipindahkan ke Hospital KPJ, Damansara, Selangor.
“Tp Allah Yang memiliki segalanya, Selepas lima hari koma di hospital Kuala Pilah saya dapat keluarkan mak saya masuk KPJ Damansara. Alhamdulillah doktor pakar jantung, buah pinggang menguruskan mak saya dengan baik.
“Kegagalan buah pinggangnya menyebabkan jantung mak kini baru fungsi cuma 40% sahaja, dia tidak boleh bernafas dengan baik sbb toksin byk.
“Lawak Mak sy dia kata takut dengar irg bacakan dia yasin, ni peluang kali ke 2 dpt hidup lgi katanya. Mak saya taubat xnak balik kampung lagi dan tak nak skip cuci buah pinggang.
“Hospital kerajaan memang tidak benar masuk melawat langsung kerana keadaan mak yang sangat kritikal tapi bila di hospital swasta benarkan tp juga ketat syarat nya untuk masuk (rekod PCR dlm 2 week),” jelasnya.
Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri ini meluahkan rasa syukur dan turut berpesan buat mereka yang masih mempunyai ibu.
“Saya bawakan Karipap buncit betul saja sebab mak saya tak boleh makan banyak pun masa awal masuk sangat gembira dapat berjumpa, tapi bila melihat keadaan mak sangat sedih tak putus-putus saya memohon ampun maaf sebagai anak.
“Adik bongsu sy menjaga Mak selama ni sgt sy berterimaksih, sy ni sumber budget je yg jaga dik dan maid yati baik sgt orangnya.
“Mak kita hanya ini sahaja dan selepas ini kalau dia tidak ada hilanglah Tunggak kami. Bagi anda semua yang mempunyai mak jaga saat bersama Mak.
“Kebersamaan dan nyawa ke hujung usia dengan kalimah Allah itu yg kami cuba usahakan,” luahnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Rozita menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dirinya pernah terjebak dengan aktiviti judi atas talian sehingga menyebabkan ketagihan.
Malah, Shuib turut memaklumkan dirinya pernah dikepung ahli kongsi gelap selepas memanangi wang taruhan sebanyak RM68,000.
Sedar akan tindakkannya yang merugikan dan salah di sisi agama, Shuib memutuskan untuk meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu.
Terbaharu menerusi perkongsian di Instagram Stories, bekas anggota kumpulan Sepahtu itu memuat naik satu tangkap layar perbualan bersama seorang netizen yang turut sama ingin keluar daripada masalah ketagihan.
Berbeza dengan Shuib, individu berkenaan mempunyai masalah ketagihan aktiviti pertukaran mata wang asing atau forex sehingga berhutang dengan Ah Long.
Lantaran itu, Shuib tampil memberikan pandangannya dan berkongsi cara keluar daripada masalah ketagihan.
“Saya niat dan tanam dalam hati, nak berhenti kerana perkara ini tiada pengakhirannya. Hujung-hujung nanti mesti saya yang rugi, kalah dan habis duit.
“Benda pun memang haram, tak baik dan Allah tak reda. Jadi, saya niat nak berhenti dan mohon Allah beri kekuatan untuk saya cari rezeki halal.
“Alhamdulillah bila saya berhenti, rezeki halal yang datang melimpah-limpah. Rezeki berkat. Bila awak niat nak berubah dan cari rezeki halal, Allah pasti bantu,” tulisnya di Instagram Stories.
Pada masa sama, Shuib turut menyifatkan isu ketagihan seperti ini sememangnya memerlukan jiwa yang kental untuk melawan agar tidak kembali ke lembah dosa ini.
“Ujian orang tidak sama. Yang pernah duduk sebagai seorang pejuang sahaja tahu macam mana mencabarnya nak keluar daripada kancah judi bodoh ini.
“Semoga kita diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian. Semoga terus kuat brother,” ujarnya lagi.
Terdahulu, kisah mengenai ketagihan judi itu dikongsikan oleh Shuib menerusi program Dol Podcast bersama rakan selebriti seperti Shuk Sahar dan Fizie Roslan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, tular di media sosial pengenai kisah seorang wanita berusia 66 tahun yang difahamkan sanggup berjalan kaki dari Johor Bahru ke Singapura demi menjaga suaminya yang sakit.
Wanita tersebut dikatakan terkandas di Johor Bahru selepas kerajaan Malaysia mengumumkan untuk menyekat sebarang aliran keluar masuk kenderaan di sempadan Malaysia dan Singapura sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kisah inspirasi ini nyata meninggalkan kesan di hati ramai wanita termasuk pelakon popular, Nur Fazura.
Menurut isteri kepada Fattah Amin ini, dia berasa sangat bersyukur kerana wanita tersebut telah memberikan contoh yang sangat baik buat dirinya untuk bergelar seorang isteri.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat. Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin! https://t.co/SQTmUxp0h2
“Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat.
“Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin!,” tulisnya.
Rasa terharu itu diluahkan oleh pelakon filem Dendam Pontianak itu di laman Twitter miliknya
Dalam pada itu, Fazura turut minitipka doa semoga wanita tersebut diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Menerusi ruangan komen, warga net turut kagum dengan pengorbanan wanita tersebut selain turut mengaminkan doa Fazura itu.
Sumber: Twitter Nir Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!