Tidak dinafikan, situasi seluruh negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19 telah kesan buat semua, termasuk selebriti.
Pelakon dan usahawan Sherry Ibrahim misalnya mengakui dia turut terkesan dengan situasi yang berlaku.
Namun dia berpendapat, perkara tersebut merupakan perancangan dan ketentuan Yang Maha Esa.
Malah, pelakon berusia 38 tahun ini menyifatkan perancangan Allah SWT adalah yang sebaik-baik dan sudah diaturkan buat hambaNya.
Ads
Namun, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim tetap cekal mengharungi dugaan dan ujian ini dengan penuh rasa sabar.
“Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Hope all well with all of you here & rindu tak terhingga kepada semue kenalan yg dah lama tak jmp.
Ads
“Ape yg berlaku setiap hari memang memberi kesan pada diri Sherry until i have no words to describe how i feel untuk beberape hari ni & masih buntu & kene bersabar setiap hari untuk teruskan hari2 yg akan datang walaupun dah memang berserah dengan ape yg ALLAH nak uji and tk pernah question why cause ALLAH is always the best planner of all.
“Apa2 pun semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga kita semue sentiasa sihat, bahagia, berjaya dunia dan akhirat.
Ads
“Aamiin ya rabbal ‘alamin 143 , Sherry Ibrahim #staysafe #keepsmiling,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Sherry menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gembira kerana berjaya membeli sebuah kereta berjenama setelah lebih 10 tahun bekerja.
Menurutnya, kereta import dari negara Jepun itu adalah hak miliknya sepenuhnya.
“Seumur hidup tak pernah lah berkenan nak bergambar dekat kereta ni kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah ! Tak suka.
“Tapi ni saja share sikit lah. Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru , nama sendiri, bayar sendiri semua sendiri lah.
“Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gajinya sat ada sat takde ni PAYAH nak lepas loan. Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragamnya banyak kosnya.
“Alhamdulillah walau macam mana pun bekas2 kereta aku dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan family jalan2,” tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.
“Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri.
“Loan payah tapi Allah mudahkan dengan temukan aku dengan @haririazmi_22 dan segalanya dipermudahkan. Hariri yang banyak update dan uruskan pasal loan sampai gedebuk keluar kereta. Syukur.
“Well aku faham kalau loan tak lulus tu mesti ada salesman yang tak sungguh2 buat lagi2 orang macam aku.
“Sebelah matanya depa pandang tapi YES aku nak recomen lah for those yang nak beli kereta sila lah berurusan dengan @haririazmi_22 kau tak payah pening2 sebab dia SETTLE kan from A-Z , insyallah.
“Birthday present untuk diri sendiri. Syukur. Thank you for everything @haririazmi_22. Thank you All,” kongsinya.
Tanggal 2 Ogos, genap 9 tahun usia kelahiran Nur Amna Qaleesya iaitu anak sulung daripada empat beradik penyanyi Lan Solo.
Menitipkan ucapan istimewa buat si dara yang kian meningkat dewasa, ulas isteri Lan, Nur Sheila Hassim atau Sheila, 34, menegaskan walau apa pun yang terjadi, dia berharap agar anaknya menjadi diri sendiri.
Malah tambahnya lagi, jangan sesekali leka dan bersedia hadapi zaman kejatuhan. Dan menjadi anak kepada selebriti bukan tiket mudah ke syurga.
“Utusan dr mommy KHAS utk Kakak!
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI. sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. .
“Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang. Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga. Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.
“Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.
“Kaya pon dugaan.. Miskin pon dugaan.. . Jadi, kakak hidup la dgn kesyukuran.. Jgn hitung untung org.. Cari bekalan cukup2 utk “masa depan” yg pasti tiba.
“Happy birthday kakak. U are my 1st born.. I am very proud of u. Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2. Utk bakal menantu mommy..! Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh!,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...